Mahali Jasuli Dipinjamkan Dari Pasukan JDT ke Pasukan Lain

1
3495

Mahali Jasuli nama yang tidak asing lagi dalam kancah bola sepak negara sejak kebelakangan ini.Beliau merupakan pemain JDT sejak tahun 2014 lagi.

Akan tetapi sejak beberapa tahun ini beliau kelihatan agak tenggelam. Kekurangan minit permainan dalam kesebelasan utama sering menghantui perjalanan karier beliau.

Masalah kecederaan yang sering melanda beliau juga memaksa jurulatih JDT menyisihkan beliau dalam perlawanan berkaitan JDT.

Akan tetapi berita baik untuk beliau kerana pada petang tadi, pihak Johor Southern Tigers mengumumkan dalam laman sosial rasmi Facebook nya telah menyatakan beliau akan dipinjamkan kepada pasukan PKNS Selangor selama satu tahun.

Beliau akan kembali bersama rakan sepasukan lama nya iaitu Safee Sali dan K.Gurusamy ketika bersama dalam pasukan Harimau Muda.

Biodata Mahali Jasuli

Nama Penuh Mahali Bin Jasuli
Tarikh Lahir 2 April 1989
Tempat Lahir Selangor, Malaysia
Tinggi 1.75 m (5 ft 9 in)
Posisi Sayap Kanan
Pertahanan Kanan

Kejayaan Mahali Jasuli

Kejayaan beliau di dalam peringkat kelab atau negara di peringkat antarabangsa tidak boleh disangkal lagi.

Merangkul Liga Super selama 4 tahun berturut-turut bersama pasukan JDT merupakan antara pencapaian terbesar beliau bersama kelab.

Selain memenangi Piala AFC pada tahun 2015 bersama pasukan JDT dan mencipta sejarah sebagai pasukan pertama Asia Tenggara melakukannya.

Ketika bersama Harimau Muda pula beliau telah memenangi dua pingat emas Sukan Sea pada tahun 2009 dan 2011.

Bersama dua jurulatih berbeza iaitu Datuk Rajagopal dan Datuk Ong Kim Swee beliau sentiasa mendapat tempat dalam kesebelasan utama.

Perpindahan Ke PKNS Selangor

Berita perpindahan ini di harap dapat meningkatkan kembali prestasi beliau yang pernah di label kan sebagai “MAICON” Malaysia suatu ketika dahulu.

Rajin naik untuk menyerang dan mampu bertahan dengan baik ketika di serang merupakan antara sebab kenapa beliau merupakan antara pertahanan kanan terbaik Malaysia pernah lahir kan.

Kami di Sportivo ingin ucapkan selamat maju jaya kepada beliau dan semoga beliau mendapat minit permainan sebanyak mungkin ketika bermain di Pkns nanti.

Jom kita saksikan sedikit video jaringan gol terbaik dari beliau :

Baca juga : Ini Pengakuan Syameer Kutty Abba Selepas Dipinjamkan Ke Portugal