Wednesday, June 19, 2024
HomeBOLA SEPAKApa Sudah Jadi Dengan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA)

Apa Sudah Jadi Dengan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA)

Baru-baru ini ada spekulasi dan cakap-cakap mengatakan Kedah tidak akan dapat beraksi dalam Piala AFC kerana masih belum melengkapkan syarat untuk mendapatkan Lesen AFC.

Berita ini pasti mengecewakan bukan sahaja peminat malahan pemain dan pihak kejurulatihan sendiri jika benar perkara ini terjadi.

Pasukan Kedah telah bertungkus lumus untuk menjuarai Piala FA dalam misi mereka melayakkan diri ke saingan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) musim depan.

PERSATUAN Bolasepak Kedah (KFA) masih belum menerima sebarang makluman rasmi mengenai status skuad Helang Merah, yang dikatakan terlepas slot untuk beraksi dalam saingan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) musim depan.

Naib Presidennya, Datuk Badrol Hisham Hashim, berkata KFA sedia untuk membuat rayuan semula berhubung kriteria ditetapkan untuk mendapatkan lesen Piala AFC, sekali gus memastikan slot automatik selaku juara Piala FA kekal milik Kedah.

“Kita belum terima apa-apa makluman rasmi mengenainya dan sekiranya betul dan turut menerima hitam putih, rayuan akan dilakukan segera kepada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia).

“Kita faham semangat penyokong Helang Merah yang berkobar-kobar untuk menyaksikan skuad Kedah ke peringkat antarabangsa… apabila ini terjadi, ia memberi kerugian kepada pemain kita untuk merebut peluang bermain di peringkat lebih tinggi.

“Beraksi dalam saingan AFC adalah hasrat dan aspirasi penyokong Kedah untuk melihat pasukan kesayangan mereka bermain di peringkat Asia dan apa yang lebih penting, Piala AFC adalah platform pendedahan kepada pemain kita untuk bermain di peringkat lebih tinggi,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan BH mengenai kegagalan KFA melepasi syarat Pelesenan Kelab FAM/AFC sehingga menyaksikan slot automatik ke Piala AFC 2018 milik Helang Merah diberikan kepada Pahang.

Berdasarkan peraturan, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang memenangi Liga Super dan Kedah selaku juara Piala FA musim ini, layak secara automatik untuk mengisi dua tempat mewakili Malaysia pada saingan Piala AFC musim depan.

Bagaimanapun, setakat ini hanya JDT saja yang memenuhi enam syarat pelesenan kelab dari AFC, manakala Kedah hanya memenuhi lima daripada enam syarat berkenaan.

Jom kita lihat video permainan Kedah pada tahun ini :

Baca juga : Khairy Jamaluddin Bersuara Mengenai Bola Sepak Malaysia

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments