Wednesday, June 19, 2024
HomeBOLA SEPAKPahang Dilarang Memohon Lesen AFC 2 Tahun

Pahang Dilarang Memohon Lesen AFC 2 Tahun

Rentetan daripada isu Pahang yang menolak tawaran daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk beraksi di saingan Piala AFC musim depan, hari ini pihak FAM membuat pengumuman berkenaan hukuman ke atas Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang hasil keputusan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM pada 20 Disember 2017.

Menurut keputusan jawatankuasa tersebut, Persatuan Bolasepak Pahang (PBNP) dilarang daripada memohon Lesen Kelab AFC selama dua tahun iaitu pada 2018 dan 2019 bagi menyertai ‘AFC Club Competition’ tahun 2019 dan 2020. PBNP juga diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Walaubagaimanapun keputusan ini boleh dirayu oleh PBNP.

Berikutan hukuman ini, Pahang tidak akan layak menyertai sebatang kejohanan anjuran Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dalam tahun 2019 dan 2020. Tambahan pula, Malaysia telah mengesahkan kedudukan untuk mendapat slot automatik ke saingan Liga Juara-Juara Asia untuk tahun 2019 dan 2020.

Ini bermakna Pahang tidak akan layak ke saingan Liga Juara-Juara Asia walaupun bergelar juara Liga Super 2018 dan 2019. Ini pastinya satu kerugian buat Pahang.

Hukuman ini dijatuhkan ke atas PBNP berikutan melanggar Artikel 14 Statut FAM* akibat daripada tindakan enggan atau gagal mendaftarkan pasukan untuk bermain dalam pertandingan Piala AFC 2018 walaupun telah diarahkan oleh FAM untuk berbuat demikian melalui surat bertarikh 24 November 2017 yang mengarahkan pasukan Pahang melalui Persatuan Bolasepak Negeri Pahang untuk membuat pendaftaran menyertai ’AFC Club Competition’ / Piala AFC 2018.

Hal ini kerana pasukan Pahang menduduki tangga ke-2 dalam Liga Super 2017 dan pada masa yang sama telah memohon dan diberikan kelulusan Lesen Kelab AFC adalah layak dan boleh bermain di dalam Piala AFC 2018. Walau bagaimanapun, pasukan Pahang masih enggan atau gagal untuk berbuat demikian sehinggalah tarikh akhir yang diberikan iaitu pada 30 November 2017.

Ini bermakna Pahang telah melanggar peraturan seperti yang tercatat dalam Artikel 14 Statut FAM – Obligasi Ahli

1. Ahli mempunyai obligasi berikut:

i) Untuk mematuhi sepenuhnya Statut, Peraturan, arahan dan keputusan FIFA, AFC dan FAM pada setiap masa dan untuk memastikan perkara ini juga dipatuhi oleh Ahlinya;

2. Pelanggaran obligasi yang dinyatakan di atas oleh mana-mana Ahli boleh menyebabkan tindakan diambil seperti yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib.

Pahang FA - AFC

Pahang sebelum ini membuat kenyataan melalui laman ‘facebook’ rasminya pada 21 November 2017 mengumumkan bahawa mereka telah secara rasmi menolak tawaran yang dikemukakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk beraksi di Piala AFC melalui surat rasmi pada 14 November lalu dengan alasan bagi memberi tumpuan terhadap Liga Domesetik.

Hukuman ini pastinya sesuatu yang merugikan buat Pahang. PBNP seharusnya membuat rayuan terhadap hukuman berikut untuk memberi peluang kepada mereka untuk menyertai saingan di pentas Asia.

Baca juga: Piala AFC 2018: Pasukan Manakah Yang Layak Menggantikan Slot Kedah

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments