Piala Raja Thai 2017: Korea Kekang Hasrat Malaysia Bertemu Thailand

0
739
Takraw MAS vs KOR

Malaysia gagal mara keperlawanan akhir Piala Raja Thai 2017 acara berpasukan lelaki apabila disekat Korea Selatan diperingkat separuh akhir. Thailand yang sebelum itu layak ke perlawanan akhir selepas menundukkan Filipina dalam satu lagi perlawanan separuh akhir menunggu pemenang antara Malaysia dan Korea Selatan.

Malaysia terpaksa turun tanpa dua ‘killer’ utama yang mengalami kecederaan. Ketiadaan¬† Hanafiah Dollah dan Muhammad Norhafizi Abd Razak memeningkan jurulatih negara kerana kekurangan ‘killer’ untuk melengkapkan tiga regu dalam acara berpasukan ini. Walaubagaimanapun perjuangan tetap diteruskan pasukan sepak takraw negara ini.

Malaysia menurunkan regu terkuat pada perlawanan pertama. Muhammad Syahir Rosdi (tekong) seperti biasa menggalas tugas bersama Farhan Adam (feeder). Ketiadaan Hanafiah Dollah selaku ‘killer’ dalam regu pertama ini ditampung Muhammad Kamal Ishak yang kebiasaanya bermain bersama regu ketiga.

Takraw MAS regu lelaki

Turun selaku kuasa besar sepak takraw, Malaysia bermula baik apabila berjaya memenangi perlawanan pertama dengan ‘straight set’. Regu pertama negara ini menang 21-12 dalam kedua-dua set untuk memberi mata pertama buat kem Malaysia.

Muhammad Zulkifli Abd Razak (tekong), Muhammad Azwan Muhrim (feeder) dan Muhammad Afifuddin (killer) menggalas cabaran selaku regu kedua. Ternyata Korea Selatan tidak boleh dipandang rendah apabila memberi saingan sengit bermula set pertama. Regu negara walaubagaimanapun berjaya memenangi set pertama dengan mata 21-19.

Korea Selatan terus memberikan tentangan sengit pada set kedua. Walaupun kalah pada set pertama Korea Selatan bangkit untuk memenangi set kedua dengan mata 22-20 sekaligus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Pertembungan rancak terus berlaku pada set penentuan apabila kedua-dua pasukan tidak mahu mengaku kalah. Namun regu Malaysia akhirnya terpaksa akur apabila tewas 18-21 sekaligus memberikan mata penyamaan buat pasukan Korea Selatan. Pemenang perlawanan terpaksa diturunkan oleh regu ketiga masing-masing.

Takraw MAS vs JPN

Kegusaran mula timbul di kem Malaysia apabila terpaksa menurunkan regu ketiga tatkala tiada lagi ‘killer’ yang belum bermain selain Hanafiah Dollah dan Norhafizi Abd Razak mengalami kecederaan. Keadaan ini memaksa Muhammad Suhairi Sulaiman yang kebiasaannya bermain selaku ‘feeder’ bertindak sebagai ‘killer’ kepada regu ketiga negara.

Selain Suhairi, Meor Mohamad Zulfikar Mat Amin menggalas tugas sebagai tekong manakala Mohd Safarudin Abu Bakar bertindak selaku ‘feeder’. Bermula goyah pada set pertama regu ketiga ini tewas 12-21.

Namun saingan masih diteruskan apabila regu negara menunjukkan kebangkitan pada set kedua untuk melakar kemenangan 21-15 dan memaksa perlawanan di heret ke set penentuan. Semangat yang ada pada set kedua tadi mula hilang apabila bermulanya set ketiga.

Meor Mohamad Zulfikar banyak melakukan kesilapan ketika melakukan servis memaksa beliau dikeluarkan dan digantikan Said Ezwan Said De. Walaubagaimanapun Said Ezwan yang masuk gagal emberikan sebarang impak abaila beliau juga melakukan kesilapan yang sama.

Takraw MAS vs JPN 1

Regu Malaysia ternyata banyak membuang mata mudah apabila servis sering kandas di jaring dan keluar gelanggang. Kesempatan ini di ambil Korea Selatan untuk terus menjarakkan mata dan memberi kemenangan kepada pasukan mereka apabila menang mudah 21-7.

Kegagalan regu ketiga untuk menang bermakna langkah pasukan sepak takraw lelaki negara terkandas di peringkat separuh akhir. Ianya pasti sesuatu yang mengecewakan buat prminat sepak takraw negara apabila perlawanan epik yang diharap antara Malaysia dan Thailand di peringkat akhir tidak kesampaian.

Perlawanan akhir yang bermula pada sebelah petang menemukan pasukan tuan rumah Thailand dan Korea Selatan. Thailland ternyata dalam kelasnya tersendiri apabila merangkul kejuaraan selepas menang ke atas Korea Selatan.

Baca juga: Skuad Lelaki Terus Mara Piala Raja Thai 2017