Friday, June 21, 2024
HomeBOLA SEPAKAnalisa Malaysia U23 VS Korea Selatan U23

Analisa Malaysia U23 VS Korea Selatan U23

 Walaubagaimanapun tahniah Malaysia kerana mampu mencapai tahap suku akhir AFC U23. Berikut sedikit analisa perlawanan sebentar tadi.

 

Tidak dinafikan gol pada awal saat ke 15 itu agak mengecewakan. Tetapi tidak dapat menyalahkan mana-mana bahagian kerana serangan awal itu membuatkan beberapa pihak tergamam.

 

Bahagian pertahanan sedang mengawal keadaan sebelum pemain berjersi 15, Cho Jae-Wan, Itu menjaringkan gol pada sudut yang tidak dapat dijangka. Loop placing ball agak susah untuk mana-mana penjaga gol membuat saving. Agak terkilan dilihat apabila Dominic Tan lemah dalam memberi tekanan malah berat untuk mengangkat kaki.

 

Separuh masa pertama agak tegang tetapi pertahanan Malaysia menjalankan tugas dengan baik. Apabila taktikal man-to-man dijalankan. Korea Selatan sukar untuk melakukan serangan. Salah satu kelemahan pemain Korea ialah kaki ‘dominant’. Apabila hanya satu kaki dominant memainkan peranan, OKS bijak dengan mengunakan man-to-man taktikal dimana Korea akan teragak-agak untuk melakukan percubaan malah sukar untuk membuat hantaran ke tengah.

 

Kaki dominant ini juga menunjukkan Korea akan menghadapi masalah apabila di serang secara set-piece efektif menyebabkan OKS lagi sekali mengambil peluang bijak dengan memasukkan pemain set-piece ‘finisher’, Thanabalan, dan ‘playmaker’nya, Hadi.

 

Gambar bulat merah ialah pemain
tidak dikawal bulat kuning
ialah kawasan tidak terkawal

Peluang ini dilihat dapat membuka peluang Malaysia menjaringkan gol melalui tandukan Thanabalan pada masa kedua. Tetapi kekurangan masih dapat dilihat dalam bahagian serangan.

 

kawasan kotak kuning ialah kawasan yang
tidak dikawal serta dapat 
dilihat 2 pemain Korea selatan 'idle'

Bahagian serangan Malaysia sering membuat hantaran jauh yang berakhir dengan rampasan bola atau bola keluiar dari permainan. Bahagian tengah Malaysia juga agak takut untuk membuat ‘turning ball’ malah agak ghairah untuk membuat hantaran dekat dan jauh.

 

Turning ball sememangnya penting dalam menarik pemain lawan bagi membuka ruang tetapi dapat di lihat hanya Danial sahaja yang berani untuk membuat turning ball serta berjaya menarik tiga ke empat pemain untuk membuka ruang. Tetapi berakhir dengan hantaran jarak jauh yang selalunya tidak menemui pemain Malaysia.

OKS juga leka dalam melihat bahagian pertahanan yang sudah lemah dan tidak berstamina apabila masa sudah memasuki minit ke-80. Menyebabkan Korea menambah jaringan pada minit ke-84 melalui Seung-Gyu Han,8. Kelemahan bahagian pertahanan dapat dilihat apabila Dominic Tan sudah lemah untuk memberi tekanan akan tetapi Adam Nor hanya melihat penjaga gol dan Dominic Tan menjalankan kerja.

 

Kawasan hitam ialah kawasan 
yang berkemungkinan dapat 
menghalang Korea dari menjaringkan gol.

Apa-apa pun pemain Malaysia berusaha serta hampir mencipta sejarah. Tahniah skuad OKS bawah 23.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments