Friday, June 21, 2024
HomeBERITA SEMASAKomen Dari Bekas Pemain Kebangsaan Mengenai Pasukan Malaysia

Komen Dari Bekas Pemain Kebangsaan Mengenai Pasukan Malaysia

Selepas kekalahan demi kekalahan yang di alami pasukan negara ada beberapa orang bekas pemain mula bersuara akan kerisauan dengan persembahan dan prestasi pasukan.

Apa tidak nya selama setahun langsung tiada kemenangan dalam semua perlawanan termasuk persahabatan.

Jadi kami cuba bawakan apa kata bekas-bekas pemain ini.

Datuk Jamal Nasir Ismail

“KALAU bagi Sir Alex Ferguson jadi jurulatih skuad kebangsaan sekalipun, saya rasa beliau boleh pengsan,” kata bekas pertahanan skuad Olimpik Moscow 1980, Datuk Jamal Nasir Ismail.

Legenda bola sepak Pahang itu berkata, prestasi semasa skuad Harimau Malaya yang dilihat semakin menjunam membuktikan betapa kualiti pemain yang membarisi skuad kebangsaan tidak berada pada tahap antarabangsa dan hanya mampu mendabik dada dengan menjadi ‘jaguh kampung’ sahaja.

Menurutnya, situasi itu sepatutnya tidak berlaku memandangkan bola sepak sudah menjadi semakin berkembang dan mereka kini memiliki banyak fasiliti yang lebih baik dan seharusnya dapat membantu mereka meningkatkan kualiti permainan masing-masing.

“Setiap kali tewas, jurulatih yang dipersalahkan sedangkan semuanya berpunca daripada pemain di tengah padang yang tidak dapat beraksi dengan baik. Kualiti mereka hanya pada tahap liga tempatan dan mereka tidak bersedia secara fizikal serta mental untuk perlawanan bertaraf antarabangsa.

Nelo Vingada

“Nelo Vingada terpaksa bekerja dengan set pemain yang sebegitu. Kalau hanya ada pemain dengan kualiti sebegitu yang boleh dipilih, kita lantik jurulatih ternama lain pun saya rasa kita tetap akan gagal.

“Jadi, saya berpendapat kita rehatkan saja pemain senior dalam skuad kebangsaan. Lebih baik kita beri peluang kepada pemain muda seperti skuad Bawah 23 tahun (B-23) dan B-19 untuk mendapat pengalaman beraksi di pentas lebih tinggi.

“Mungkin kita khuatir kalau menghantar pemain muda, mereka akan dibelasah tapi kita turunkan pemain senior yang ada banyak pengalaman pun kita tetap tewas dengan keputusan yang besar, jadi tidak ada bezanya di situ,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Perjuangan skuad kebangsaan pada kelayakan Piala Asia 2019 berkubur selepas mengalami kekalahan kedua berturut-turut kepada Korea Utara dengan keputusan sama 1-4 di Buriram, Thailand malam tadi.

Datuk Shukor Salleh

“BAWALAH jurulatih terbaik dunia sekalipun, beliau tidak mampu mengubah nasib bola sepak kita sekelip mata.”

Itulah pendapat legenda bola sepak negara, Datuk Shukor Salleh ekoran kegagalan skuad kebangsaan melayakkan diri ke Piala Asia 2019 selepas mengalami kekalahan kedua berturut-turut kepada Korea Utara (1-4), di Buriram, Thailand, malam tadi.

Berikutan kekalahan itu, Malaysia kekal di tangga tercorot dengan hanya satu mata selepas lima perlawanan. Aksi terakhir menentang Lubnan di gelanggang lawan pada 27 Mac depan hanya sekadar pelengkap jadual.

Ia mencetuskan pelbagai polemik dengan bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh lantang mengkritik jurulatih, Nelo Vingada serta meminta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memecatnya.

Namun, Shukor berpendapat tidak adil untuk meletakkan kesalahan 100 peratus ke atas bahu Vingada.

Sebaliknya, kata beliau, setiap orang perlu menelan hakikat negara tidak memiliki pemain berkualiti untuk memberi cabaran di peringkat antarabangsa.

“Bagi saya pecat jurulatih tidak akan menyelesaikan masalah. Kita gagal bukan kerana jurulatih tidak bagus tapi pemain yang kita miliki tidak mencapai taraf antarabangsa.

“Ia ibarat seorang tukang masak, kalau bahan yang disediakan tidak cukup atau tidak berkualiti, bagaimana beliau mahu menghasilkan masakan yang sedap,” katanya.

Justeru Shukor berkata, setiap orang perlu bersabar serta memberi peluang kepada FAM untuk memulihkan prestasi pasukan kebangsaan.

Pada masa sama beliau bersetuju dengan formula 70/30 yang menggabungkan lebih ramai pemain muda dengan pemain senior.

Cuma, Shukor berpendapat, skuad kebangsaan perlu didedahkan dengan lebih banyak perlawanan antarabangsa bertaraf A bagi mematangkan pemain.

“Pada zaman kami dulu, skuad kebangsaan menyertai banyak kejohanan sepanjang tahun di rantau Asia seperti Pestabola Merdeka, Piala Presiden (Korea Selatan), Piala Raja Thai (Thailand), Piala Jakartaraya (Indonesia) dan beberapa kejohanan jemputan lagi.

“Selain itu kami juga terbabit dengan Sukan SEA serta perlawanan kelayakan Olimpik, Piala Asia dan Sukan Asia.

“Kekerapan bermain bersama di peringkat antarabangsa bukan saja membuatkan kami serasi malah mencapai kematangan dalam permainan masing-masing.

“’Namun situasi amat berbeza sekarang bila skuad negara hanya bergantung kepada perlawanan kelayakan untuk beraksi bersama. Pada masa sama pemain pula kerap bertukar kerana kegagalan mereka mengekalkan prestasi.

“Saya melihat potensi skuad Bawah 19 dan 23 Tahun sekarang. Jika pemain generasi ini diberi bimbingan yang betul, tidak mustahil untuk kita kembali mencipta kejayaan,” ujar Shukor.

Jom kita lihat video sorotan perlawanan malam tadi :

Baca Juga : Ini Pengakuan Nelo Vingada Sepanjang Menjadi Jurulatih Malaysia

Sumber : HMETRO

RELATED ARTICLES

2 COMMENTS

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments