Wednesday, June 19, 2024
HomeBOLA SEPAK"Derby" Pantai Timur Sekadar Seri

“Derby” Pantai Timur Sekadar Seri

Perlawanan “Derby” Pantai Timur mempertemukan Kelantan dengan pendatang baharu Liga Super Terengganu FC. Irfan Bakti dan Sathit Bensoh merencanakan taktikal terbaik untuk pasukan masing-masing mencatatkan kemengan pertama apabila gagal mencatat kemenangan dalam perlawanan pertama

Terengganu tidak menunggu lama apabila menjaringkan gol pantas ketika perlawanan baru berusia 35 saat menerusi Kipre Tcheche yang menerima hantaran lintang Ashaari Shamsudin.

Image may contain: 2 people, people playing sports and outdoor
Kredit imej: Terengganu Football Club

Kelantan yang tersentak dengan jaringan tersebut pantas bertindak balas dengan menguasai permainan. Usaha Kelantan akhirnya membuahkan hasil apabila Fitri Omar menjatuhkan Haikal betul-betul diluar kotak penalti pada minit ke-21. Walaubagaimanapun percubaan Dong Hyun Do berjaya dikeluarkan pertahanan Terengganu.

Kelantan sekali lagi memperolehi peluang pada minit ke-25 apabila Hantaran Nik Akiff Syahiran berjaya disambung Bruno Da Silva Lopes untuk Dong Hyun Do berdepan Suffian dalam situasi satu lawan satu. Walaubagaimanapun kegugupan Dong Hyun menyebabkan percubaan beliau melambung tinggi.

Serangan yang diatur Terengganu hampir membuahkan hasil apabila Kipre Tcheche yang membuat larian pantas disebelah kiri melakukan “cutback” namun tindakan lambat Ashari Shamsudin menyebabkan bola dikeluarkan pertahanan Kelantan pada minit ke-36.

Gol penyamaan akhirnya hadir buat Kelantan apabila Dong Hyun Do menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-39 setelah Fitri Omar menjatuhkan Nik Mohd Shahrul Azim dalam kotak penalti.

Image may contain: 1 person, playing a sport, outdoor and text
Kredit imej: Kelantan FA Official

Kedua-dua pasukan gagal menambah jaringan dan separuh masa pertama berakhir dengan 1-1.

Bermula separuh masa kedua, Kelantan memulakan perlawanan dengan cukup baik. Semangat selepas menjaringkan gol pertama perlawanan di bawa ke separuh masa kedua. Walaubagaimanapun beberapa percubaan gagal diterjemahkan barisan serangan.

Terengganu berjaya melakukan serangan menerusi larian cantik Ashaari Shamsudin dari sebelah kiri namun hantaran lintangnya berjaya ditampan Khairul Fahmi Che Mat  sebelum sempat disambar Kipre Tcheche pada minit ke-48.

Hantaran itu merupakan sumbangan terakhir buat Ashari Shamsudin apabila beliau dikeluarkan dan digantikan oleh pemain licik Faiz Nasir pada minit ke-50.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun gagal menemui gawang lawan.

Terengganu melakukan pertukaran kedua apabila Abdul Malik Mat Ariiff dikeluarkan pada minit ke-60 dan digantikan Lee  jun Hyob untuk menambah lebih bisa dibahagian serangan.

Kelantan pula memasukkan Mohd Norfarhan  bagi menggantikan Muhammad Haikal pada minit ke-61 sebelum S.Veenod dimasukkan bagi menggantikan Nik Akiff Syahiran pada minit ke-67.

Image may contain: 2 people, people playing sports and outdoor
Kredit imej: Terengganu Football Club

Kemasukan S. Veenod ternyata memberi impak apabila kepantasan beliau berjaya mengucar kacirkan pertahanan lawan. Walaubagaimanapun masih sukar untuk Kelantan menembusi kotak penalti apabila Terengganu kukuh bertahan.

Khairul Fahmi Che Mat cemerlang menafikan dua percubaan berturut-turut daripada Kipre Tcheche pada minit ke-71. Serangan balas dilakukan Kelantan apabila hantaran lintang Mohd Nurfarhan berjaya dipintas Suffian sebelum disambar Ferdinand Sinaga yang bersedia dibelakang.

Kelincahan pemain gantian Terengganu, Faiz Nasir akhirnya memaksa pasukan Kelantan melakukan kekasaran yang memberikan  sepakan percuma setelah kekasaran dilakukan keatasnya. Namun sepakan percuma Lee Tuck gagal menemui jaring pada minit ke-75.

Berbaki 10 minit perlawanan Kelantan menggandakan asakan namun kecemerlangan pertahanan Terengganu berjaya menggagalkan setiap hantaran ke dalam kotak penalti.

Image may contain: one or more people, people playing sports, stadium and outdoor
Kredit imej: Kelantan FA Official

Kelantan akhirnya menerima sepakan percuma dihadapan kotak penalti pada minit ke-87 setelah Dong Hyun dijatuhkan oleh Kamal Azizi. Sepakan percuma yang diambil Bruno Lopes hampir menggegar gawang namun sepakan leret Bruno itu sedikit tersasar disebelah kanan gawang Terenganu.

Tiga minit masa tambahan diberikan pengadil perlawanan namun gagal disempurnakan kedua-dua pasukan memaksa mereka sekadar berkongsi mata.

Baca juga: JDT Rampas Piala Sumbangsih

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments