Apa Itu Rebound Hypoglycaemia

1
804

Keberkesanan pengambilan karbohidrat (gula) sebelum melakukan aktiviti sukan telah lama diperdebatkan.

Ini kerana dikatakan tindakan ini menjerumus individu ke dalam situasi penurunan kandungan gula dalam darah secara mendadak yang dikenali sebagai rebound hypoglycaemia.

http://www.mysportscience.com/single-post/2015/02/05/What-to-eat-the-hour-before-a-race

Proses tindak balas normal apabila kita mengambil karbohidrat ialah hormon insulin dirembeskan untuk mengurangkan kandungan gula di dalam darah ke paras normal. Dalam situasi rebound hypoglycaemia pula, sewaktu insulin dirembeskan, individu tersebut juga bersukan pada masa yang sama, maka gula dalam darah turut digunakan oleh badan. Ini bermaksud, kandungan gula dalam darah yang sepatutnya diturunkan ke paras yang normal akan turun di bawah paras normal secara mendadak.

Setakat ini, keputusan kajian masih lagi kabur dan menunjukkan pengambilan karbohidrat sebelum (2 jam atau kurang) bersukan menjejaskan prestasi sukan.

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/582616
http://www.tandfonline.com/doi/abs/10.1080/00913847.1984.11701825

Ada yang juga yang menunjukkan tiada perubahan terhadap prestasi sukan.

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/3547009
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/12527976
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/12527978

Malah, ada kajian yang menunjukkan peningkatan dalam prestasi sukan.

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/8858409
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/18461096

Tindak balas fisiologi badan setiap individu adalah unik dan berbeza-beza di mana ada yang mengalami rebound hypoglycaemia, ada yang kandungan gula dalam darah yang rendah daripada paras normal tanpa menunjukkan simptom hypogly caemia dan ada yang tidak mengalaminya langsung.

Salah satu cara bagi mengurangkan risiko terjadinya rebound hypoglycaemia ialah mengambil karbohidrat yang mempunyai glycaemic index yang rendah.Individu juga perlu menguji kesan pengambilan karbohidrat semasa sesi latihan bagi melihat kesan terhadap diri sendiri agar dapat dipraktikkan semasa bertanding.Jika tidak pasti, individu boleh mengelakkan pengambilan karbohidrat sekurang-kurangnya 90 minit sebelum bersukan.

Kredit FB Penulis : Faizal Abdul Manaf