Piala Dunia Kelab FIFA 2017: Gremio Mara Ke Perlawanan Akhir

0
745
Gremio

Wakil dari Amerika Selatan dari Brazil yang merupakan juara CONMEBOL,  Gremio memerlukan sehingga masa tambahan selepas 90 minit perlawanan untuk mengetepikan cabaran kelab dari Mexico, Pachuca dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia Kelab FIFA 2017 yang berlangsung di UAE.

Everton Soares menjadi wira buat Gremio apabila menjaringkan gol untuk Gremio menempah tempat di perlawanan akhir yang bakal berlangsung pada 16 Disember nanti.

Everton Soares-Gremio

Kedua-dua pasukan memberikan persembahan yang mengujakan dalam perlawanan tersebut. Walaubagaimanapun permainan fizikal dilihat lebih menyerlah daripada mencipta peluang. Kedua-dua pasukan gagal mendapat peluang terbuka untuk menjaringkan gol. Dua percubaan jarak jauh daripada Edilson dan Oscar Murillo tidak langsung membahayakan gawang Oscar Perez.

Keisuke Honda dilihat memperolehi peluang terbaik untuk mencetak nama selaku penjaring, namun percubaan beliau berjaya dinafikan Bruno Cortez. Pengaruh beliau berterusan pada separuh masa kedua apabila percubaan Victor Guzman memaksa Marcelo Grohe menyelamatkan gawangnya buat kali pertama.

Penjaga gol Pachucah, Oscar Perez yang merupakan pemain tertua dalam kejohanan ini berjaya menyelamatkan percubaan Luan disebelah kiri gawang yang memaksa beliau menerbangkan badannya untuk menepis bola tersebut. Peluang Pachuca pula hadir apabila tandukan tepat Wydad Casablanca ke arah gawang namun berjaya ditampan Guzman.

Gremio vs Pachuca

Peluang keemasan diperolehi Luan di penghujung 90 minit masa perlawanan namun hantaran dari sepakan sudut itu dapat dikawal Perez. Walaubagaimanapun Everton akhirnya berjaya memecah kebuntuan tidak sampai 5 minit masa tambahan bermula. Everton yang masuk dari bahagian sayap kiri melakukan rembatan deras ke penjuru atas gawang Pachico.

Gol Everton itu sudah cukup untuk mebawa Gremio ke perlawanan akhir dan bakal menanti pemenang satu lagi perlawanan separuh akhir antara wakil Asia, Al Jazira dan wakil Eropah, Real Madrid yang bakal berlangsung malam ini.

Berikut adalah ‘highliht’ aksi perlawanan tersebut:

Baca juga: Al Jazira Mara Ke Separuh Akhir Menundukkan Urawa