Friday, June 21, 2024
HomeBERITA SEMASAIni Pengakuan Syameer Kutty Abba Selepas Dipinjamkan Ke Portugal

Ini Pengakuan Syameer Kutty Abba Selepas Dipinjamkan Ke Portugal

Semalam telah diumumkan oleh pihak Johor Southern Tigers bahawa dua pemain mereka iaitu Syameer Kutty Abba dan Dominic Tan akan dipinjamkan ke kelab di Portugal selama setahun.

Bak kata pepatah, “tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu”. Begitulah laluan hidup Syameer Kutty Abba.

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berusia 21 tahun itu bakal berangkat ke Portugal bagi menjalani latihan bersama Kelab Vilaverdense di Braga.

Siapa tahun rezekinya sebagai pemain bola sepak semakin baik selepas meninggalkan pasukan Pulau Pinang sebaik tamat liga musim lalu.

Syameer dan rakan kelabnya, Dominic Tan dihantar pihak pengurusan JDT berlatih ke luar negara selama setahun.

“Alhamdullilah, saya memang gembira dan sangat berterima kasih kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana memberi peluang besar ini.

“Memang tidak pernah terlintas dan sebab ini jugalah saya membuat keputusan tepat untuk bersama JDT,” ujarnya kepada mStar Online.

Jelas Syameer yang juga pemain kebangsaan, dia akan berangkat malam ini (Jumaat).

“Sekejap lagi dah nak pergi. Saya dah bersedia untuk ke sana.

“Harap saya boleh pertingkatkan seberapa banyak pengalaman dan akan menjadi pemain yang lebih baik,” tambah pemain kelahiran Georgetown ini.

Siapa sangka selepas baru saja diumumkan sebagai pemain baru pasukan Johor Darul Takzim, beliau telah berjaya dipinjamkan kepada kelab Portugal di sana.

Syameer Kutty Abba merupakan tonggak pasukan Harimau Malaya bawah 23 tahun dalam kejohanan Piala Asia 2018 baru-baru ini.

Meskipun jarang mendapat tempat dalam kesebelasan utama pada kejohanan itu tetapi beliau telah menunjukkan kualiti yang beliau ada pada Sukan Sea 2017 yang lepas.

Pada Khamis, JDT mengumumkan nama dua pemainnya itu bakal ke Vilaverdense selama setahun dan berharap mereka dapat memberi impak positif kepada kelab dan negara selepas ini.

Selamat Maju Jaya kami ucapkan kepada beliau dan timbalah ilmu sebanyak mungkin ketika di sana nanti.

Jom kita saksikan sedikit bingkisan video permainan beliau ketika di atas padang :

Baca juga : Adib Kembali Menjadi Kapten Pasukan Malaysia bawah 23

Kredit : Mstar

RELATED ARTICLES

1 COMMENT

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments