2 Sebab Kenapa Kepimpinan FAM Lebih Baik Dari Sebelum Ini

1
1368

Kita semua sedia maklum akan kekalahan semalam kepada pasukan Korea Utara. Hampir pasti boleh dikatakan peluang untuk kite ke Piala Asia sudah tertutup rapat. Melainkan jika berlaku keajaiban dalam pertemuan sekali lagi dengan Korea Utara dan Lubnan.

Akan tetapi untuk kali ni kami ingin memuji dengan kepimpinan FAM berdasarkan perlawanan semalam.

Presiden Yang Bertanggungjawab  Dengan Tindakan

Selepas kekalahan kepada Korea Utara semalam, Presiden FAM telah mengeluarkan kenyataan yang beliau akan bertanggungjawab atas kekalahan ini dan perlawanan akan datang.

Bagi kami ini merupakan satu tindakan terpuji kerana perlantikan barisan kejurulatihan ini adalah pemilihan beliau dan pengurusan FAM. Walaupun kita sebagai peminat bolasepak Malaysia berasa akan kekalahan demi kekalahan yang dialami pasukan Malaysia namun kami gembira kerana Presiden FAM masih sanggup bertanggungjawab.

Berbeza dengan kepimpinan lama, nampak nya kali ini kita nampak mereka lebih professional dalam melakukan tugas yang telah diberi.

Bersedia Mengambil Tindakan Yang Terbaik Tanpa Berlengah

Presiden FAM juga ada mengeluarkan kenyataan yang beliau akan mengadakan mesyuarat tergempar dengan Pengarah Teknikal setelah pasukan kembali ke tanah air nanti.

Jika sebelum ini kita akan dapat melihat tiada sebarang tindakan yang akan diambil jika pasukan menanggung kekalahan demi kekalahan. Tetapi tidak lagi sekarang. Lihat saja dengan pantas FAM mengeluarkan kenyataan untuk bertindak.

“Saya akan mengadakan satu mesyuarat apabila pasukan kembali daripada Thailand bersama Pengarah Teknikal kami dan akan membuat keputusan yang memberikan manfaat bagi penambahbaikan pasukan kebangsaan dalam segala aspek”.

Ini bagi kami sangat baik demi pasukan kebangsaan yang kita sayangi.

Kesimpulan

Untuk beberapa bulan selepas Kongres FAM telah berlangsung dan Presiden FAM baru telah dilantik, bagi kami ini sudut positif yang kita nampak dari kepimpinan baru ini. Bagi kami kepimpinan baru ini harus  juga diberikan masa satu penggal ini untuk lihat apa lagi kebaikan yang cuba dibawa dan memperbaiki apa yang telah rosak sebelum ini.

Kami yakin dengan kemampuan dan kredibiliti Presiden FAM mampu membawa pasukan bola sepak kita pergi lebih jauh. Pasukan bawah umur telah pun melangkah ke Piala Asia secara merit dan membuktikan ada sinar pada masa hadapan untuk Harimau Malaya.

Jom kita saksikan video yang boleh membangkitkan semangat kita sebagai penyokong :

Baca Juga : 3 Perkara Penting Ketika Malaysia Tewas Kepada Korea Utara