Thursday, May 30, 2024
HomeBOLA SEPAKBola Sepak: Senarai 23 Pemain Kelayakan Piala Asia Di Muktamadkan

Bola Sepak: Senarai 23 Pemain Kelayakan Piala Asia Di Muktamadkan

Baru sebentar tadi FAM mengumumkan senarai akhir pemain negara yang akan dibawa ke Buriram, Thailand untuk dua aksi kelayakan Piala Asia berdepan Korea Utara yang telah diputuskan AFC untuk dijalankan di stadium berkecuali.

Perlawanan tersebut dijadualkan pada 10 dan 13 November 2017. Ianya akan dilangsungkan di Stadium I-Mobile, Buriram. Skuad negara dijangka terbang ke Thailand esok bagi menghadapi baki perlawanan kumpulan B.

Sebelum ini juralatih Nelo Vingada telah mengumumkan senarai 24 pemain yang menyertai kem latihan pusat kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya. Berbanding senarai yang dikeluarkan pada 1 November 2017 itu, terdapat beberapa pertukaran dilakukan.

Dua pemain baharu disenaraikan Vingada iaitu Ahmad Khairil Anuar Zamri (Perak) dan Hadin Azman (Felda United). Dua pemain ini dipanggil bagi menggantikan Baddrol Bakhtiar (Kedah) dan Daren Lok (Johor Darul Ta’zim) yang mengalami kecederaan.

Selain itu, Junior Eldstal yang tersenarai dalam senarai yang diumumkan 1 November lalu juga digugurkan. Ini bermakna hanya 23 pemain yang dibawa ke Thailand bagi berdepan Korea Utara.

Berikut adalah senarai pemain-pemain yang terpilih:

NAMA

UMUR

POSISI

PASUKAN

1.

SAFIQ RAHIM

30

TENGAH

JOHOR DARUL TA’ZIM

2.

AHMAD HAZWAN BAKRI

26

PENYERANG

JOHOR DARUL TA’ZIM

3.

NAZMI FAIZ MANSOR

23

TENGAH

JOHOR DARUL TA’ZIM

4.

SAFAWI RASID

20

TENGAH

JOHOR DARUL TA’ZIM

5.

FADHLI SHAS

26

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM

6.

FAZLY MAZLAN

24

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM

7.

IZHAM TARMIZI ROSLAN

26

PENJAGA GOL

JOHOR DARUL TA’ZIM

8.

AFIQ FAZAIL

23

TENGAH

JOHOR DARUL TA’ZIM

9.

S KUNANLAN

31

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM

10.

AZRIF NASRULHAQ BADRUL HISHAM

26

TENGAH

JOHOR DARUL TA’ZIM

11.

HAFIZUL HAKIM KHAIRUL NIZAM JOTHY

24

PENJAGA GOL

PERAK

12.

SHAHROM ABDUL KALAM

32

PERTAHANAN

PERAK

13.

NAZIRUL NAIM CHE HASHIM

24

PERTAHANAN

PERAK

14.

AMIRUL AZHAN AZNAN

24

PERTAHANAN

PERAK

15.

AHMAD KHAIRIL ANUAR ZAMRI

22

TENGAH

PERAK

16.

WAN ZACK HAIKAL WAN NOR

26

TENGAH

FELDA UNITED

17.

HADIN AZMAN

23

TENGAH

FELDA UNITED

18.

KIKO INSA

29

PERTAHANAN

PAHANG

19.

NOR AZAM ABDUL AZIH

22

TENGAH

PAHANG

20.

KHAIRULAZHAN KHALID

28

PENJAGA GOL

SELANGOR

21.

ADAM NOR AZLIN

21

PERTAHANAN

SELANGOR

22.

SYAFIQ AHMAD

22

PENYERANG

KEDAH

23.

SYAMER KUTTY ABBA

20

TENGAH

PULAU PINANG

Skuad Negara berdepan misi mustahil dalam melayakkan diri ke Piala Asia setelah hanya mempeolehi 1 mata daripada 3 perlawanan sebelum ini. Apapun sama-sama kita doakan kejayaan Skuad Harimau Malaya untuk sekurang-kurangya memperbaiki Ranking FIFA.

 

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments