Friday, June 21, 2024
HomeBOLA SEPAK3 Perkara Penting Ketika Malaysia Tewas Kepada Korea Utara

3 Perkara Penting Ketika Malaysia Tewas Kepada Korea Utara

Selepas tiga kali perlawanan di tunda akhirnya telah berlangsung perlawanan Malaysia dan Korea Utara semalam. Namun keputusan yang dihasilkan agak menyedihkan bagi kami dan semua peminat bola sepak tanah air.

Tewas 4-1 seperti tiada jawapan dengan tentangan yang diberikan oleh pasukan Malaysia. Satu yang positif yang kita boleh ambil dari perlawanan semalam ialah Safawi Rashid kembali menemui rentak menjaringkan gol.

Kami di Sportivo cuba menggariskan 3 perkara penting berdasarkan pendapat amatur kami untuk perlawanan ini.

Kiko Insa di Pertahanan Tengah

Bagi kami sebagai amatur ini meletakkan Kiko Insa di pertahanan tengah merupakan perjudian yang sangat berisiko. Bersama pasukan Pahang beliau bermain sebagai pemain tengah bertahan.

Semasa pertemuan terakhir Malaysia bertemu Hong Kong beliau sudah kelihatan agak “lost” di padang apabila bertahan. Mungkin kualiti yang dimiliki beliau belum cukup kuat untuk meletakkan nya sebagai pemain utama.

Menjadi pertahanan tengah dengan cara permainan beliau yang agak kasar sangat berisiko.Mujur semalam beliau agak berjaya mendisiplinkan diri.

Tetapi bagi kami ada pemain lain yang lebih layak dan sesuai untuk posisi ini.

DNA Pasukan Malaysia

Umum mengetahui Nelo Vingada telah melatih pasukan kebangsaan sejak 15 Mei 2017 dan telah mengharungi tujuh perlawanan bersama. Untuk rekod beliau telah mencatat dua seri dan lima kalah.

Untuk pemilihan pemain kali ini bagi kami agak baik berbanding perlawanan yang lepas. Akan tetapi Nelo Vingada sepatutnya sudah ada sekumpulan pemain yang mampu menterjemahkan taktikal beliau dengan baik

Selepas tujuh perlawanan kita masih tidak nampak apa DNA sebenar pasukan Malaysia yang cuba ingin di terapkan. Pemain pun nampak seperti kelam kabut dengan taktikal sendiri.

Untuk mendapatkan kembali kepercayaan peminat bola sepak tempatan Nelo Vingada harus cepat menyelesaikan masalah ini.

Pemain Kurang Minit Permainan Bersama Kelab

Jika dilihat di dalam kesebelasan utama semalam ade tiga pemain yang bagi kami kurang mendapat minit permainan. Kiko Insa, Azrif Nasrulhaq dan Nazmi Faiz.

Untuk perlawanan penting seperti ini kami merasakan adalah lebih baik menggunakan pemain yang “regular” ketika bersama kelab masing-masing. Dengan pemilihan pemain kali ini kami yakin ada pemain yang lebih berkualiti dan sesuai untuk dibawa masuk.

Jika menggunakan pemain yang regular ini mungkin keputusan akan menjadi berbeza semalam.

Kesimpulan

Nelo Vingada Malaysia

Untuk pasukan senior ini kami merasakan masih ada sinar untuk kita melihat pasukan pergi lebih jauh. Jurulatih, pihak pengurusan, pemain dan peminat itu sendiri harus sama-sama yakin dengan pasukan.

Bagi kami sebagai peminat tegar pasukan Malaysia dan Harimau Malaya ini kami yakin dengan kelompok pemain yang ada. Jurulatih sebelum ini telah membuktikan kita boleh memberikan tentangan kepada pasukan yang mempunyai ranking yang lebih tinggi.

AYUH HARIMAU MALAYA !!! AYUH MALAYSIA !!!

Jom kita saksikan video sorotan perlawanan semalam :

Baca Juga : Latihan Di Korea Selatan Dan China, Persediaan Awal Skuad B-23

RELATED ARTICLES

2 COMMENTS

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments