Kalendar Sukan Atlet Negara 2018 – Edisi 1

1
1649
Kalendar 2018 -1

Tahun 2018 bakal menjadi tahun yang sibuk buat atlet-atlet sukan negara apabila bakal menghadapi jadual yang padat dengan beberapa kejohanan besar telah pun dijadualkan. Berikut kami senaraikan antara kejohanan-kejohanan utama yang bakal dihadapi oleh atlet-atlet negara.

Kejohanan Piala AFC Bawah 23 Tahun

Kalendar sukan negara bakal dimulakan dengan Kejohanan Piala AFC Bawah 23 Tahun yang bakal berlangsung di Changsu, China bermula pada 9 sehingga 27 Januari 2018. Buat masa  ini, anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee telah pun tiba di China untuk menghadapi sesi latihan pusat dan beberapa siri perlawanan persahabatan.

Sebelum ini, skuad bawah 23 tahun negara ini telah melakukan latihan pusat di Mokpo, Korea Selatan dan berdepan tiga perlawanan ujian berdepan dengan kelab tempatan yang menyaksikan mereka seri 1-1 dengan Mokpo City FC pada 20 Disember (jaringan Syamer Kutty Abba), menewaskan Honam University 1-0 pada 22 Disember (jaringan Kogileswaran Raj) dan seri 1-1 dengan Jeonju Citizen FC pada 28 Disember (jaringan Safawi Rasid).

Harimau Muda

Skuad Harimau Muda bakal memulakan cabaran dalam Kejohanan Piala AFC Bawah 23 Tahun apabila dijadual menentang Iraq pada 10 Januari. Perlawanan seterusnya bakal dihadapi menentang Jordan dan Arab Saudi pada 13 dan 16 Januari.

Sekiranya berjaya melepasi peringkat kumpulan, skuad harimau muda akan layak ke peringkatb suku akhir yang dijadualkan pada 20 Januari manakala peringkat separuh akhir dan akhir bakal berlangsung pada 23 dan 27 Januari.

Kejohanan Futsal AFC 2018

Skuad Futsal negara berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Futsal AFC 2018 setelah bergelar naib juara dalam pusingan kelayakan Zon ASEAN dibelakang Thailand. Dalam pusingan kelayakan yang berlangsung di Ho Chi Minh, Vietnam pada Oktober 2017, skuad negara hanya tewas sekali di tangan Thailand dengan keputusan 3-6. Dua kemenangan dicatatkan skuad negara keatas Timor Leste dan Laos dengan jaringan 7-2 dan 6-3.

Futsal Malaysia

Kejohanan ini bakal bermula pada 1 Febuari dan bakal berakhir padaa 11 Febuari 2018. Malaysia diundi satu kumpulan dengan pasukan tuan rumah Chinese Taipei selain Vietnam dan Bahrain dalam kumpulan A.

Malaysia bakal memulakan kempen tersebut bertemu Vietnam pada 1 Febuari sebelum bertemu pasukan tuan rumah pada 3 Febuari dan seterusnya bertemu Bahrain pada 5 Febuari. Anak-anak buah  Chiew Chun Yong dilihat lebih berpeluang untuk layak ke peringkat suku akhir yang dijadualkan pada 8 Febuari sebelum aksi separuh akhir dan akhir pada 9 dan 11 Febuari 2018.

Kejohanan Badminton Berpasukan Asia

Kejohanan Badminton Berpasukan Asia bakal bermula pada 6 sehingga 12 Febuari 2017 dan bakal menyaksikan Malaysia sebagai tuan rumah. Kejohanan yang membariskan 15 pasukan lelaki dan 13 pasukan wanita ini akan berlangsung di Alor Setar.

Lee Chong Wei

Selain untuk menentukan juara Asia, kejohanan ini juga berperanan untuk menentukan pasukan yang bakal layak ke Kejohanan Piala Thomas & Uber nanti. Empat pasukan terbaik iaitu yang berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir akan layak secara automatik ke Piala Thomas & Uber May nanti.

Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2018

Pelumba negara, Azizulhasni Awang yang muncul Raja Acara Keirin selepas memenangi pingat emas di Kejohanan Berbasikal Trek  Dunia tahun lalu pastinya akan berusaha mempertahankan kejuaraan dalam acara kegemaran beliau tersebut. Kejayaan tahun lalu itu melayakkan beliau menyarung jersi pelangi selaku juara dunia.

azizulhasni awang

Pelumba yang bergelar ‘The Pocketrocket Man’ itu merupakan atlet pertama negara memenangi emas di kejohanan trek dunia. Untuk kejohanan tahun ini, ianya bakal berlangsung di Apeldoorn, Belanda pada 28 Febuari sehingga 4 Mac 2018.

Piala Sultan Azlan Shah 2018

Kejohanan jemputan buat skuad hoki negara ini bakal disertai tujuh pasukan handalan dunia yang telah mengesahkan penyertaan. Tujuh pasukan tersebut adalah Australia, Argentina, India, England, Ireland, Pakistan dan skuad kebangsaan Malaysia selaku tuan rumah.

Anak-anak buah Stephen Vai Huizen bakal menghadapi saingan daripada pasukan-pasukan yang mempunyai ranking lebih baik. Diantara tujuh pasukan tersebut Malaysia menduduki ranking kedua tercorot di atas Pakistan yang menduduki ranking ke-13 dunia.  Kejohanan ini pastinya menjadi platform terbaik buat skuad negara bagi menghadapi Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Piala Dunia yang juga berlangsung pada tahun yang sama.

Hoki Piala Sultan Azlan Shah

Piala Sultan Azlan Shah bakal bermula pada 2 sehingga 11 Mac 2018 dan bakal berlangsung di Stadium Hoki, Ipoh. Untuk rekod, pencapaian terbaik Malaysia dalam Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah ini adalah apabila bergelar naib juara sebanyak lima kali. Pada edisi tahun lalu, skuad negara sekadar berkedudukan tempat kelima.

Bersambung di Edisi 2 >>>>> Kalendar Sukan Atlet Negara 2018 – Edisi 2