Tips Dan Strategi Perseorangan

1
12413

Kategori perseorangan dalam permainan badminton adalah disiplin yang paling mencabar dalam pertandingan badminton. Kategori ini benar-benar menguji kekuatan fizikal dan mental seseorang pemain.

KECERGASAN FIZIKAL

Dalam hal kecergasan fizikal, seorang pemain perseorangan haruslah melakukan banyak pergerakan yang cepat dan tangkas di dalam sesuatu perlawanan untuk menguasai gelanggang secara berterusan.

Setiap pemain perseorangan hendaklah meningkatkan tahap kecergasan mereka ke tahap yang tertinggi. Ini adalah perkara asas untuk memenangi perlawanan badminton.

Bagi pemain Malaysia berdasarkan fakta dan statistik terkini, Datuk Wira Lee Chong Wei merupakan pemain badminton yang mempunyai tahap kecergasan fizikal yang tertinggi.

KEKUATAN MENTAL

Selain kekuatan fizikal, seorang pemain badminton juga perlu memiliki ketahanan mental yang kuat.Tidak seperti pemain beregu, pemain perseorangan akan bermain bersendirian di dalam gelanggang. Dengan demikian, seseorang harus memiliki ketahanan mental yang kuat supaya boleh mengawal permainan sekaligus memenangi perlawanan tersebut.

Keyakinan memainkan peranan yang sangat penting dalam kategori perseorangan. Contoh, jika seorang pemain muda yang kurang pengalaman permainan boleh menyebabkan beliau kurang berkeyakinan dalam memenangi “rally”. Hal ini boleh terjadi ketika seseorang bermain dengan lawan yang baru atau saat pemain sedang bermain dalam perlawanan yang sengit.

Jadi untuk memenangi sesuatu pertandingan badminton secara berseorangan, seorang pemain perlu menjaga atau meningkatkan kepercayaan dan keyakinan pada dirinya pada setiap saat selama pertandingan itu berlangsung.

ASAS PERSEORANGAN

Seperti biasa pertandingan badminton dimulakan apabila seorang pemain melakukan servis. Saat melakukan servis seseorang pemain perlu tahu batasan atau had untuk displin perseorangan.

(Gambar di atasmenunjukkan batas-batas untuk seseorang pemain perseorangan melakukan servis)

Semasa membuat servis dalam perseorangan, Anda harus melakukan servis didalam kotak yang berwarna kelabu seperti yang ditunjukkan pada gambar rajah di atas dan bulu tangkis akan dianggap keluar jika bulu tangkis jatuh dipetak yang lain.

Setelah servis dimulakan, permainan badminton pun dimulakan. Selama permainan ini dijalankan, pemain haruslah memastikan bulu tangkis tidak terkeluar dari batasannya.

(Gambar rajah di atas menunjukkan lingkungan batasan untuk pemain perseorangan)

Saat permainan sedang dijalankan, pemain harus memastikan bulu tangkis sentiasa berada di dalam kawasan berwarna kuning seperti pada gambar di atas. Akan dikira keluar jika berada diluar petak berwarna kuning.

BAGAIMANA UNTUK MEMENANGI PERLAWANAN BADMINTON

Dalam pertandingan badminton kategori perseorangan, strategi pada dasarnya adalah berusaha untuk memanjangkan masa perlawanan sambil menantikan saat dan ketika yang sesuai untuk melakukan pukulan kemenangan.

Kebiasaanya apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan mata dalam sesuatu perlawanan, pemain akan melakukan pukulan kencang atau mematikan bulu tangkis di kawasan gelanggang lawan.

Permainan badminton ini adalah satu permainan yang dimainkan secara laju dan tangkas. Tetapi perlawanan badminton perseorangan menumpukan lebih pada kelajuan daripada kekuatan.

Untuk menguasai pihak lawan, Anda harus memiliki kepantasan dan ketangkasan untuk bergerak di sekitar gelanggang untuk memainkan permainan anda dengan baik dan tahap yang lebih tinggi.Kebiasaannya pemain yang bermain dengan ketangkasan dan kelajuan yang tinggi akan memenangi perlawanan.

JENIS-JENIS PUKULAN

Badminton Clear/Lob

PUKULAN ATAS KEPALA
PUKULAN DIBAWAH KETIAK

Pukulan lob dapat dilakukan dengan menggunakan pukulan di atas atau di bawah ketiak. Pukulan lob ini kebiasannya digunakan untuk mengeluarkan pemain dari masalah.

Pukulan lob  ini membolehkan seseorang pemain mendapatkan lebih banyak waktu untuk pemain tersebut kembali ke posisi asal dan mengatur tindakan seterusnya.

Apabila anda merasakan lawan anda bermain terlalu pantas atau tempo yang tinggi, dengan pukulan lob ini anda dapat memperlahankan gerakan lawan anda dan memberikan anda ruang untuk berfikir.

Jika anda terus memberikan lawan anda menguasai tempoh permainan anda akan mendapat masalah pada waktu itu.Ini kerana seseorang pemain perseorangan sentiasa tidak dapat mengawal pergerakan kaki, dengan melakukan pukulan ini akan dapat memberi masa untuk memperbetulkan posisi dan pergerakan kaki untuk menerima pukulan dari pihak lawan.

Badminton Drop Shot

Pukulan “drop shot” adalah senjata yang sangat baik untuk memastikan tempo permainan sentiasa mengikut corak kita bermain.Ini kiranya cara untuk bertindak balas dari pukulan lob.

Jika anda berasa anda belum berada di kedudukan untuk melakukan pukulan “smash” pukulan “drop shot” ini adalah pilihan yang bijak untuk mematikan serangan pihak lawan.

Ketika yang sesuai melakukan “drop shot”

  • Ketika mana anda merasakan anda bermain secara laju dan dapat mengawal ruang lawan anda.
  • Ketika mana anda belum bersedia untuk membuat pukulan “smash”

PUKULAN SMASH

Pukulan ini ada risikonya. Selepas melakukan pukulan ini anda perlu memastikan keseimbangan badan dan juga pergerakan kaki berada dalam keadaan yang betul. Jika anda tidak memastikan perkara ini selepas anda melakukan pukulan “smash” anda berada dalam keadaan yang bahaya jika mana pukulan dapat disambut oleh pihak lawan.

Dengan itu, anda perlu memastikan pukulan “smash” anda dapat mematikan bulu tangkis tersebut dan seterusnya memberi mata pada anda.

Lakukan pukulan setelah anda pasti keadaan seperti dibawah:

1- Anda mendapat hantaran bulu tangkis yang tinggi dari pihak lawan.
2- Anda dapat membuat lawan anda berada di luar kawalan.
3- Setelah anda berasa pasti kedudukan anda akan stabil sebelum dan selepas melakukan pukulan ini.
4- Anda pasti pukulan “smash” anda akan memberi mata pada anda.

Ingat jangan terlalu gopoh untukmelakukan pukulan “smash”, bermain secara pintar untuk memastikan pihak lawan tidak dapat mengikut rentak anda, tunggu peluang yang sesuai untuk melakukan pukulan “smash”.

“SIMPLE” STRATEGI UNTUK PERSEORANGAN

Inilah strategi paling mudah untuk digunakan dalam setiap pertandingan badminton. Anda dapat melakukannya dengan memaksakan lawan untuk melakukan pukulan tinggi dan anda mudah untuk melakukan pukulan “smash” dan menang.

Langkah 1: Paksakan lawan anda ke kawasan jaring (biasanya dengan “drop shot”).

Langkah 2: Lawan anda akan kembalikan bulu tangkis dengan pukulan tinggi. Anda perlu berjaga-jaga jika lawan anda melakukan net untuk mengembalikan pukulan anda.

Langkah 3: Anda pukulan “smash” ke arah pihak lawan untuk memenangi perlawanan tersebut.

Kredit: https://www.masterbadminton.com/badminton-singles.html