Penang Black Panthers Juara Berganda STL 2017

1
1227
Penang Black Panthers Champions STL CC

Penang Black Panthers menambah koleksi kejuaraan Sepak Takraw League (STL) 2017 apabila berjaya menjulang kejuaraan STL Champions Cup 2017. Mereka yang sebelum ini menjuarai STL Premier 2017 mengekalkan reputasi selaku juara apabila menundukkan Perak Bisons pada perlawanan akhir malam tadi.

Seperti kebiasaannya Penang Black Panthers menurunkan regu utama mereka yang membariskan Muhammad Syahir Rosdi selaku tekong utama. Tugas selaku ‘feeder’ digalas pemain pinjaman dari Selangor Pistons, Farhan Adam manakala Azlan seperti biasa menggalas tugas selaku ‘killer’.

Perak Bisons juga menurunkan regu utama mereka yang dibarisi Meor Zulfikar sebagai tekong, Izham selaku ‘feeder’ dan ‘killer’ terbaik STL Premier 2017 Fadzil Mustafa mengambil tugas utamanya selaku ‘killer’.

Penang Black Panthers vs Perak Bison 1

Perak Bisons bermula goyah apabila gagal mendapat mata daripada 3 servis pertama mereka. Kegoyahan itu berterusan apabila gagal menjawab 3 servis Syahir Rosdi menjadikan Perka Bisons ketinggalan 0-6 di awal permainan. Walaubagaimanapun mata pertama berjaya di kutip Perak Bisons melalui servis ‘ace’ Meor zulfikar.

Penang Black Panthers meneruskan permainan agresif dan mendahului Perak Bisons 11-4 setelah rejaman Azlan dari tengah gelanggang gagal di naikkan Meor Zulfikar. Penang Black Panthers terus mengutip mata demi mata sehingga Perak Bisons terpaksa melakukan pertukaran pertama pada mata 8-17. Hanif dimasukkan bagi menggantikan Meor Zulfikar selaku tekong.

Kemasukan Fadzil berjaya membawa Perak Bisons ke mata ke-12 sebelum Penang Black Panthers berkedudukan untuk mengutip mata akhir dengan mata 20-13. Syahir Rosdi gagal memberikan mata akhir buat Penang Black Panthers pada kedudukan tersebut setelah servisnya 2 kali terkandas.

Mata akhir akhirnya muncul buat Penang Black Panthers selepas servis Syahir gagal disambut pemain Perak Bisons. Set pertama berakhir dengan kemenangan 21-15 buat Penang Black Panthers.

enang Black Panthers vs Perak Bison 2

Set kedua bermula agak seimbang buat kedua-dua pasukan apabila saling mengejar mata dan terikat 4-4 di awal set kedua. Variasi servis ditunjukkan kedua-dua tekong memberikan mata kepada pasukan masing-masing.

Penang Black Panthers berjaya menjarakkan mata kepada 7-4 pada suatu ketika namum mudah dikejar Perak Bisons kerana beberapa kesilapan servis Syahir dan ketajaman ‘killer’ mereka Fadzil Mustafa menjadikan mata 7-7.

6 mata berturut-turut berjaya dikutip Penang Black Panthers sehingga kedudukan mata 15-9 buat Penang Black Panthers mendahului. Fadzil Mustafa akhirnya mempamerkan ketajaman apabila menerima hantaran pendek Izham bagi menyekat pungutan mata Penang Black Panthers.

Ketajaman Fadzil itu sedikit pun tidak mematahkan semangat pemain-pemain Penang Black Panthers yang kemudiannya mengutip mata demi mata untuk menang 21-15 pada set kedua. Kemenangan ini menjadikan Penang Black Panthers selaku juara berganda STL Premier 2017.

manang city vs kelantan warriors

Manang City Voyagers memastikan tempat ketiga apabila mengalahkan Kelantan Warriors 21-15, 21-8 pada perlawanan sebelumnya. Kelantan Warriors terpaksa berpuas hati dengan kedudukan ke-4 apabila gagal mengatasi pasukan dari Thailand itu.

Anugerah pemain terbaik juga disampaikan di penghujung acara penyampaian hadiah. Syahir Rosdi dan Fadzil Mustafa menerima anugerah berganda apabila sekali lagi dinobatkan sebagai tekong dan ‘killer’ terbaik kejohanan. ‘Feeder’ terbaik pula diberikan kepada pemain pinjaman Penang Black Panthers dari Selangor Pistons Farhan Adam.

Best Player STL CC

Syahir Rosdi juga dinobatkan sebagai pemain paling bernilai STL Champions Cup. Ini juga anugerah berganda buat beliau setelah menerima anugerah yang sama dalam STL Premier.

Dengan ini berakhirlah kejohanan STL 2017 yang merangkumi STL Premier, STL Divisyen 1 dan STL Champions Cup.