STL Champions Cup : Penang Black Panthers dan Perak Bisons Dari Kumpulan A Mara Ke Separuh Akhir

1
1677
STL CC Penang vs Perak 1

Sepak Takraw League (STL) masuk ke fasa baru minggu ni dengan bermulanya STL Champions Cup. 6 pasukan dari Malaysia, 1 dari Indonesia dan 1 dari Thailand dipecahkan kepada 2 kumpulan.

Berikut adalah pecahan kumpulan:

STL Champions Cup Grouping

Semua perlawanan peringkat kumpulan bermula pada 24 November lalu dan berakhir pada 26 November. 6 perlawanan setiap kumpulan tamat bagi menentukan juara dan naib juara kumpulan untuk ke pusingan separuh akhir minggu hadapan.

Penang Black Panthers yang tampil dengan reputasi juara STL Premier begitu gah mengunguli Kumpulan A apabila menang kesemua 3 perlawanan.

Memulakan kempen STL Champions Cup dengan mencatatkan kemenangan keatas juara STL Divisyen 1, Melaka Titans dalam pertarungan 2 set. Menurunkan gandingan terbaik mereka, Penang Black Panthers diwakili Syahir yang merupakan tekong terbaik STL premier digandingkan bersama Farhan (feeder) dan Azlan (killer).

STL CC Penang vs Melaka

Melaka Titans juga dilihat menurunkan tekong terbaik mereka, Sahidan yang merupakan tekong terbaik STL Divisyen 1 dan digandingkan bersama Zarlizan (feeder) dan Khairol (killer). Walaupun menurunkan barisan terbaik, mereka terpaksa akur dengan kehebatan juara STL Premier apabila tewas 10-21 dan 19-21.

Penang Black Panthers meneruskan kecemerlangan pada hari kedua apabila menewaskan naib juara STL Premier, Perak dengaan keputusan 22-20 dan 21-19. Pada perlawanan kedua ini, Penang Black Panthers merehatkan “killer” utama mereka Azlan dan digantikan oleh Kamal.

Perak Bisons yang menurunkan Hanif (tekong), Izham (feeder) dan Amirul (killer) memberikan tentangan sengit dalam perlawanan ini walaupun akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan tipis.

STL CC Penang vs Perak

Kecemerlangan Penang Black Panthers diteruskan pada hari terakhir saingan peringkat kumpulan apabila mencatat kemenangan ke atas wakil dari Indonesia, Andalas Islanders. Kali ini tekong utama Penang Black Panthers, Syahir direhatkan dan digantikan dengan Fazil. Azlan kembali mengambil tempat selaku “killer” setelah direhatkan ketika menentang Perak Bisons disamping “feeder” utama mereka Farhan.

Andalas Islanders yang diwakili Bratha (tekong), Pebi. S (feeder) dan Zulfahmi (killer) gagal menyaingi kehebatan Penang Black Panthers apabila tewas 7-21 dan 13-21. Kemenangan ketiga Penang Black Panthers ini meletakkan mereka selaku juara kumpulan A apabila menang ketiga-tiga perlawanan.

Satu lagi slot separuh akhir dari kumpulan A di isi Perak Bisons yang berjaya mencatatkan 2 kemenagan daripada 3 perlawanan. Walaupun tewas keatas Penang Black Panthers pada hari kedua, Perak Bisons layak ke separuh akhir melalui 2 kemenangan pada hari pertama dan ketiga. Perak Bisons mencatatkan kemenganan pertama keatas wakil dari Indonesia Andalas Islanders pada hari pertama.

Setelah tewas kepada Penang Black Panthers pada hari kedua, Perak Bisons bangkit mencari kemenangan kedua pada hari ketiga apabila menentang Melaka Titans. Kedua-dua pasukan mencari kemenangan kedua untuk mengiringi Penang Black Panthers ke separuh akhir.

STL CC Perak vs Melaka

Perlawanan berlansung sengit hingga terpaksa di heret ke set ketiga. Perak yang tumpas pada set pertama 17-21 bankit mencatatkan kemenangan pada set kedua dengan mata 21-15 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan. Kesungguhan ditunjukkan kedua-dua pasukan sehingga mata kemenangan ditentukan pada mata maksimum. Perak Bisons akhirnya mengesahkan tempat di separuh akhir apabila mencatatkan kemenangan 25-24 dalam set penentuan.

Melaka Titans terpaksa menamatkan saingan di peringkat kumpulan apabila hanya mencatat 1 kemenangan sahaja keatas wakil Indonesia, Andalas Islanders yang gagal mencatatkan sebarang kemenangan. Melaka Titans mencatatkan kemenangan dalam perlawan 3 set dengan mata 21-18, 13-21 dan 21-11.

Penang Black Panthers dan Perak Bison bakal bertemu juara dan naib juara kumpulan B di peringkat separuh akhir yang bakal berlangsung 2 Disember depan.