Kami “Merayu” Pahang Kembali

0
2629

Sebelum ini pasukan Pahang telah mengumumkan untuk menarik diri daripada menyertai pertandingan Piala AFC bersama pasukan Johor Darul Takzim (JDT).

Sebagai pencinta bola sepak kami sendiri berasa agak terkilan dengan keputusan ini. Mungkin ada beberapa sebab tersendiri mengapa mereka menarik diri dari pertandingan ini tetapi kami pasti pemain juga ingin bertanding di peringkat tinggi.

PERSATUAN Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) digesa mempertimbangkan semula keputusan menolak tawaran mewakili Malaysia ke pertandingan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), musim depan.

Gesaan itu dibuat bekas Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Ridzuan Sheikh Ahmad yang berharap PBNP menerima tawaran keemasan berkenaan yang diyakini mampu memberi manfaat besar kepada skuad Tok Gajah.

“Sayanglah kerana ini peluang keemasan dan secara tidak langsung boleh dapat pendedahan di peringkat tertinggi. Main bermati-matian (saingan domestik merebut slot Piala AFC) tetapi bila sudah dapat peluang tidak mahu pergi. Kalau begitu lebih baik tidak payah beraksi daripada awal.

“Kalau saya, saya akan ambil peluang ini, jadi saya harap Pahang cuba pertimbangkan balik dan ambil peluang keemasan ini. Tidak boleh cakap yang kita belum bersedia sebab mana-mana pasukan pun perlu sentiasa bersedia.

“Kalau kita cakap belum sampai tahap terbaik, tetapi kalau dengan situasi sekarang, sampai bila pun kita tidak akan sampai tahap itu. Soal keputusan, itu nombor dua. Belum cuba belum tahu dan sekurang-kurangnya selepas itu kita boleh nilai sejauh mana kemampuan pasukan,” katanya hari ini.

Terdahulu, FAM mengemukakan tawaran kepada Pahang selaku naib juara Liga Super dan Piala FA beraksi pada Piala AFC musim depan bagi menggantikan juara Piala FA, Kedah yang gagal menghantar penyata kewangan beraudit kelab kepada FAM sebelum tarikh tutup.

Bagaimanapun, PBNP membuat keputusan mengejut menolak tawaran itu dengan memberi alasan mahu memberi fokus kepada liga tempatan.

Keputusan itu mengundang rasa kurang senang Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, semalam yang menempelak PBNP dan menyifatkan keputusan yang diambil sebagai menghantar ‘isyarat salah’ kepada pasukan lain.

Jom kita lihat sedikit permainan Pahang di Liga Malaysia :

Baca juga : Pahang Mungkin Terpaksa Lepaskan Pemain Ini