Vingada Kehilangan 3 Tonggak Utama

1
1452
Nelo Vingada

Malam ini Harimau Malaya sekali lagi akan menghadapi saingan Korea Utara di Buriram. Perlawanan ini merupakan perlawanan kelayakan Piala Asia 2019. Perlawanan malam esok merupakan perlawanan timbal balik setelah skuad negara tewas 1-4 pada Jumaat lepas.

Menurut Nelo Vingada dalam sidang media sebelum perlawanan, skuad negara kehilangan tiga tonngak utama yang diturunkan pada perlawanan Jumaat lalu. Tiga tonggak tersebut adalah Fazly Mazlan, S. Kunalan dan Syameer Kutty Abba.

Fazly Mazlan Malaysia

Ketiadaan 3 tonggak itu memaksa pengendali skuad negara itu berkemungkinan melakukan rombakan terhadap kesebelasan utama. Tambahan pula terdapat beberapa pemain yang kepenatan.

Berdasarkan senarai pemain yang dibawa Vingada ke Buriram, ketiadaan Fazly Mazlan akan ditampung oleh Nazirul Naim Che Hashim di bahagian pertahanan kiri. Posisi pertahanan kanan pula kehilangan S. Kunalan. Ketiadaan S, Kunalan pula seharusnya ditampung Azrif Nasrulhaq yang sebelum ini diturunkan selaku pemain sayap.

Afiq Fazail menjadi calon utama untuk mengambil tempat Syameer Kutty Abba di bahagian tengah pertahanan. Tambahan pula kehadiran semula Safiq Rahim setelah menjalani pergantungan selepas dilayangkan kad merah pada perlawanan bertemu Hong Kong lalu pastinya mengembalikan semula nadi dibahagian tengah.

Safiq Rahim Malaysia

Malaysia berdepan misi wajib menang bagi menghidupkan sisa-sisa harapan untuk layak ke Piala Asia 2019. Skuad negara kini hanya mengutip satu mata daripada 4 perlawanan  dan menghuni tangga tercorot kumpulan B.

Peluang Malaysia untuk melayakkan diri ke Piala Asia masih ada sekiranya mampu mencatatkan kemenangan dalam 2 baki perlawanan sambil mengharap Lubnan menewaskan Hong Kong dan Korea Utara dalam perlawanan berikutnya.

Moga masih ada sinar buat Harimau Malaya.