Thursday, May 30, 2024
HomeHOKIKLHC & UniKL Bakal Tentukan Juara Piala TNB

KLHC & UniKL Bakal Tentukan Juara Piala TNB

Kuala Lumpur Hockey Club (KLHC ) dan Universti Kuala Lumpur (UniKL) bakal bertemu dalam perlawanan akhir Piala TNB selepas masing-masing mencatatkan kemenangan ke atas lawan masing-masing dalam peringkat separuh akhir.

Finalis musim lalu, KLHC berjaya mara ke perlawanan akhir selepas berhempas pulas dalam aksi separuh akhir kedua Piala TNB. KLHC yang ketinggalan 2-3 secara aggregat selepas aksi separuh akhir pertama bermain mati-matian untuk menempah tempat ke perlawanan akhir sebelum menang ke atas TNB menerusi penentuan “penalty shoot out”.

TNB terlebih dahulu dihadapan pada minit ke-11 selepas Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan menyempurnakan gerakan dari pukulan sedut penalti. Walaubagaimanapun,  Thomas Carson bertindak menyamakan kedudukan dipenghujung suku pertama perlawanan untuk mengikat kedudukan 1-1.

Image may contain: 2 people, people playing sports and outdoor
Kredit imej: Malaysia Hockey Confederation

KLHC dihadiahkan “penalty stroke” pada mint ke-24 yang mudah disempurnakan pemain import dari Korea Selatan, Jang Jonghyun. KLHC sedikit selesa dhadapan pada penamat suku kedua apabila Mohd Syamim Mohd Yusof menjaringkan gol ketiga buat KLHC menerusi gerakan padang pada minit ke-30.

TNB yang tidak berputus asa akhirnya merapatkan kedudukan menerusi tampanan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil hasil pukulan sudut penalti pada minit ke-38 sebelum Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan juga menghasilkan jaringan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-40 untuk mengikat kedudukan 3-3 dan TNB mendahului dengan aggregat 6-5.

Muhammad Razie Abdul Rahim (KLHC) akhirnya berjaya meledak gol untuk KLHC menerusi pukulan sudut penalti empat minit sebelum tamat perlawanan sekaligus mengikat kedudukan agregat 6-6 sehingga tamat 60 minit perlawanan.

Image may contain: 2 people, people smiling, people playing sports
Kredit imej: Malaysia Hockey Confederation

Berikutan keputusan seri secara aggregat, perlawanan ditentukan menerusi “penalty shoot out” kedua-dua pasukan tanpa gagal menyempurnakan “penalty shoot out” sehingga kedudukan terikat 7-7 sebelum kecemerlangan Roslan Jamaludin menyelamatkan pukulan ke-8 memberi kemenangan buat KLHC.

Dalam satu lagi perlawanan, UniKL melakukan kejutan selepas menewaskan juara tahun lalu, Terengganu Hockey Team (THT) dengan aggregat 6-3. Sebelum perlawanan UniKL selesa dihadapan selepas aksi cemerlang menang 4-1 dalam separuh akhir pertama.

UniKL bermula cemerlang untuk mencari kedudukan yang selesa dan berjaya menemui gawang lawan seawal minit ke-2 menerusi jaringan padang Jeroen Dolf Hertzberger.

Image may contain: one or more people, people playing sports and outdoor
Kredit imej: Malaysia Hockey Confederation

Jaringan padang Glenn Stewarts Turner menggandakan kedudukan buat UniKL pada minit ke-23 untuk selesa dihadapan 6-1 secara aggregat.

THT yang cuba bangkit berjaya menjaringkan dua gol menerusi Gonzallo Peillat pada minit ke-28 dan 54. Walau berjaya mengikat kedudukan 2-2 dalam perlawan ini, namun ianya belum cukup buat THT apabila tewas 3-6 secara aggregat.

UniKL dan KLHC bakal membuat perhitungan terakhir dalam perlawanan akhir yang bakal berlangsung Sabtu ini di Stadium Hoki Nasional pada jam 8.00 malam.

Baca juga: UniKL dan TNB Lakar Kejutan

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments