Rangkuman Sepak Takraw League (STL); Minggu Ke-6

0
2702
Penang Black Panthers vs Terengganu Turtles

Sebanyak 8 perlawanan berlangsung pada minggu ke-6 yang melibatkan kesemua 8 pasukan bermula pada 10 hingga 12 November 2017.

Dua perlawanan berlangsung pada 10 November 2016. Perlawanan pertama minggu ke-6 menemukan dua pasukan teratas Terengganu Turtles dan Penang Black Panthers. Penang Black Panthers yang memerlukan satu lagi kemenangan untuk mengesahkan kejuaraan lebih awal.

Penang Black Panthers berjaya mengekal kejuaraan selepas mencatatkan kemenangan 2 set ke atas Terengganu Turtles. Gandingan Irsyad, Ridauddin dan Azwan cuba memberikan saingan sengit kepada regu Penang Black Panthers yang diwakili Syahir, Zaim dan Azlan namun terpaksa akur dengan kekalahan 15-21, 23-25.

Kelantan Warriors

Perlawanan kedua pula menemukan Kelantan Warriors dan ATM Guardians. Kelantan Warriors yang diwakili Hisham, Naim dan Aidil mudah menundukkan regu ATM Guardians yang diwakili Nazmi, Khairudin dan Nazuha dengan keputusan 21-10, 21-11.

Saingan pada 11 November pula menyaksikan 3 perlawanan berlangsung. Bermula dengan Terengganu Turtles yang turun buat kali kedua dalam minggu ke-6 menentang Kuala Lumpur Thunders. Terengganu Turtles yang sebelum ini tewas kepada Penang Black Panthers gagal mencari kemenangan dalam minggu ke-6 ini selepas tewas kepada Kuala Lumpur Thunder yang diwakili Hafiz, Aizat dan Amirul dalam saingan 3 set dengan mata 21-16, 18-21 dan 13-21.

Kelantan Warriors sekali lagi turun ke gelanggang dalam minggu ke-6 ini untuk bertemu Selangor Pistons. Saingan sengit antara kedua-dua pasukan berlangsung dalam perlawanan ini. Walaubagaimanapun Kelantan Warriors terpaksa akur kepada regu Selangor Pistons yang diwakili Muqlis, Sufi dan Ali dengan mata 24-25 dan 18-21.

Johor Tigris vs Perak Bisons

Perlawanan terakhir pada 11 November menemukan Johor Tigris yang menghuni tangga tercorot liga dengan Perak Bisons. Kedua-dua pasukan yang turun buat kali pertama dalam minggu ke-6 ini menurunkan barisan terbaik mereka. Johor Tigris diwakili Haidzir, Aizat dan Hairol manakala Perak Bisons menurunkan Izham, Zulfakar dan Amirul. Johor Tigris yang cuba mencari kemenangan ke-3 mereka namun gagal dalam pertarungan 3 set dengan mata 21-16, 16-21 dan 18-21.

Saingan hari terakhir minggu ke-6 pula menyaksikan 3 lagi perlawanan berlangsung pada 12 November. Saingan hari ke-3 dimulakan dengan pertarungan Selangor Pistons dengan Perak Bisons. Perak Bison berjaya mencatatkan kemenangan kedua dalam minggu ke-6 ini dengan menewaskan Selangor Pistons 21-4, 16-21 dan 21-12.

Penang Black Panthers vs ATM Guardians

Saingan STL minggu ke-6 terus disambung dengan perlawanan antara Penang Black Panthers yang telah mengesahkan kejuaraan pada 10 November lalu dengan ATM Guardians. Penang Black Panthers ternyata sukar ditewaskan walaupun ATM cuba memberikan saingan sengit 3 set. Penang Black Panthers mencatatkan kemenangan ke-11 dengan mata 21-19, 17-21 dan 21-12.

Saingan minggu ke-6 ditutup dengan perlawanan Kuala Lumpur Thunders dan Johor Tigris. Johor Tigris ternyata terus dirundung malang apabila tewas kepada Kuala Lumpur Thunders walaupun cuba memberikan saingan sengit dalam 3 set. Kuala Lumpur Thunders menang dengan mata 21-14, 14-21 dan 21-16.

Fadzil Mustaffa, Killer Perak Bisons

‘Killer’ Perak Bison Fadzil Mustafa dinobatkan sebagai pemain terbaik minggu ke-6. Berbaki 2 perlawanan Penang Black Panthers telah pun mengesahkan kejuaraan bagi mempertahankan kejuaraan musim lalu. Johor Tigris pula terus terperosok di tangga ke bawah selepas hanya mencatat 2 kemenangan daripada 12 perlawanan.

Berikut adalah kedudukan terkini liga sehingga minggu ke-6.

STL Table Week 6

Baca juga: Penang Black Panthers Pertahan Kejuaraan Sepak Takraw League (STL)