Friday, June 21, 2024
HomeHOKIMHL: TNB Kejutkan KLHC, UniKL Kenduri Gol, THT Benam Thunderbolt

MHL: TNB Kejutkan KLHC, UniKL Kenduri Gol, THT Benam Thunderbolt

Perlawanan kedua Liga Hoki Malaysia berlangsung semalam melibatkan tiga perlawanan.

TNB  4 – 2 KLHC

Juara Piala Tan Sri P. Alagendra dan pemenang perlawanan Sumbangsih, Kuala Lumpur Hockey Club (KLHC) dikejutkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mencatat kemenangan kedua semalam.

KLHC yang seri pada perlawanan sumbangsih menentang THT jumaat lalu dikejutkan TNB seawal minit ke-5 oleh Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan yang menyempurnakan pukulan sudut penalti buat TNB.

Penyerang muda TNB, Mohamad Akhimullah Anuar Esook menggandakan kedudukan buat TNB apabila membuat jaringan melalui pukulan kilas daripada tengah kawasan D pada minit ke-10. Suku pertama berakhir dengan TNB mendahului dengan dua gol.

Image may contain: 5 people

Anak-anak buah bekas ketua pasukan kebangsaan, Nor Saiful Zaini terus bertindak cemerlang sebaik suku kedua apabila Firhan Ashaari  meledak gol ketiga pada minit ke-18. TNB terus mengekalkan asakan pada suku detiga namun gagal menambah jaringan

Walaubagaimanapun, Mohd Shahril Saabah hanya memerlukan tiga minit sebaik suku keempat bermula untuk menjaringkan gol keempat TNB pada minit ke-48 memalui pukulan dari sebelah kanan yang berjaya menewaskan Roslan Jamaludin.

Image may contain: one or more people and outdoor

KLHC yang cuba bangkit di suku terakhir ini hanya mampu mendapat 2 gol saguhati yang dijaringkan pemain import bintang Korea Selatan Jang Jong Hyun pada minit ke-51 dan 59. Walaubagaimanapun gol itu terlalu lewat untuk KLHC bangkit daripada kekalahan 2-4.

Kemenangan ini meletakkan TNB di takhta liga dengan dua kemenangan berturut-turut. Pasti ianya permulaan yang baik buat TNB dalam Liga Hoki Malaysia ini.

UniKL 6 – 0 Maybank

Dalam satu lagi perlawanan, UniKL bangkit daripada kekalahan perlawanan pertama apabila berpesta gol memalui kemenangan 6-0 ke atas Maybank yang terpaksa menerima kekalahan kedua.

Pesta buat UniKL bermula pada suku kedua apabila Faridzul Afiq Mohd menjaringkan gol padang pada minit ke-19. Jeroen Dolf Hertzberger menambah jaringan buat UniKL pada minit terakhir suku kedua memalui pukulan sudut penalti.

Image may contain: 4 people, people playing sports and outdoor

Pesta tersebut seakan terhenti di suku ketiga sebelum disambung pada suku keempat apabila UniKL menambah 4 lagi gol untuk menambah derita Maybank. Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin menjaringkan gol ketiga UniKL melalui gol padang pada minit ke-51.

Joel Samel Van Huizen  terus menghukum kealpaan pemain-pemain Maybank apabila membuat jaringan padang pada minit ke-54 sebelum Glenn Stewarts Tunner menjadikan kedudukan 5-0 pada minit ke-57.

Tidak cukup dengan 5 gol, Jeroen Dolf Hertzberger menjaringkan gol kedua peribadi beliau pada minit terakhir perlawanan untuk melengkapkan pesta gol UniKL.

THT 6 – 2 TNB Thunderbolt

Teengganu Hockey Team (THT) juga mencatat kemenangan selesa pada malam tadi apabila membenam TNB Thunderbolt 6-2. Walaubagaimanapun Thunderbolt terlebih dahulu di hadapan apabila Ariff Sabron membuat jaringan padang pada minit ke-7 perlawanan.

Walaubagaimanapun, kedudukan tersebut hanya mampu bertahan di suku pertama kerana pemain import dari Argentina, Gonzalo Peillat menyamakan kedudukan dua minit selepas bermulanya suku kedua melalui pukulan sudut penalti.

THT vs UITM

THT mula menjarakkan kedudukan pada suku ketiga perlawanan apabila menambah dua gol melalui Sufi Ismat yang membuat jaringan menerusi pukulan sudut penalti dan Gonzalo Peillat yang menyempurnakan “penalty stroke” pada minit ke-20 dan 34.  Luqman menjaringkan gol keempat buat THT melalui jaringan padang pada minit ke-44 menjadikan kedudukan 4-1.

Thunderbolt berjaya menambah jaringan pada minit ke-49 apabila Azammi menyempurnakan pukulan “penalty stroke”. Walaubagaimanapun THT kembali menjarakkan kedudukan apabila Menini membuat jaringan padang pada minit ke-56 sebelum Gonzalo Peillat menutup cerita kemenangan melalui jaringan hatrik beliau setelah menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-59.

 Baca juga: MHL : 3 Perlawanan Pembuka Tirai, KLHC Pertahan Piala Sumbangsih

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments