Friday, June 21, 2024
HomeBOLA SEPAKIndra Putra Mahyudin Sah Tinggalkan Kelantan?

Indra Putra Mahyudin Sah Tinggalkan Kelantan?

Menurut laporan sebuah portal online, mStar pada 17 November yang lalu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Bibi Ramjani Ilias Khan telah mengambil keputusan untuk menggugurkan Indra Putra Mahyudin dari skuad ‘The Red Warrior’ musim hadapan.

Menurut laporan tersebut juga, keputusan itu terpaksa dibuat setelah memberikan tempoh masa yang terlalu lama untuk Indra Putra berbincang mengenai isu gaji, namun tiada maklum balas daripada Indra. Oleh yang demikian KAFA terpaksa menggugurkan Indra dalam usaha memuktamadkan barisan pemain Kelantan sebagai persediaan awal untuk saingan musim hadapan.

Indra Putra IG

Namun, hari ini Indra melalui akaun Instagram peribadinya @indra_putra23 menerangkan bahawa beliau bukannya secara sengaja tidak memberikan maklum balas kerana beliau masih lagi dalam tempoh bercuti sehingga 20 November.

Menurut Indra lagi, beliau telahpun memaklumkan kepada Presiden KAFA untuk mengangguhkan perbincangan mengenai masa depannya bersama Kelantan sehingga beliau pulang bercuti.

Indra juga memberitahu menerusi akaun instagram nya itu yang beliau belum lagi menerima sebarang tawaran kontrak daripada KAFA seperti yang telah digembar-gemburkan. Oleh kerana itu beliau telahpun menjadualkan untuk bebrincang dengan Puan Bibi Ramjani selepas kepulangannya dari bercuti.

Berkenaan isu perbincangan Indra dengan beberapa pasukan lain, Indra menjelaskan itu adalah haknya kerana kontrak beliau bakal tamat penghujung November 2017. Segala perbincangan tersebut perlu buat Indra memuktamadkan masa depan beliau musim hadapan.

Indra, Piya,Ben 10

Walaubagaimanapun, Indra menerima dengan hati terbuka dengan apa jua keputusan yang sudah putuskan pengurusan KAFA walaupun dia tidak dimaklumkan terlebih dahulu.

Sebelum ini pada 10 November lalu, Kelantan mengumumkan 3 pemain senior dalam rundingan untuk tawaran kontrak musim hadapan. Indra merupakan salah seorang daripadanya selain Badhri Radzi dan Nor Farhan. Dikhabarkan Badhri Radzi dan Norfarhan telah pun memuktamadkan kontrak mereka bersama Kelantan di sambung.

Walau apa pun kedudukan Indra Putra, penulis mengucapkan selamat maju jaya buat beliau.

Baca juga:Kelantan TRW Mengumumkan Senarai Pemain 2018

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments