Senarai Pemain B-23 Dipanggil Ke Latihan Pusat

2
1835
Harimau Muda 2

Sebentar tadi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan senarai pemain bawah 23 tahun yang bakal menyertai latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya yang bakal bermula 27 November akan datang sebagai persediaan menghadapi Kejuaraan B-23 AFC 2018 yang akan berlangsung di Jiangsu, China dari 9 hingga 27 Januari 2018.

Apa yang menarik, kali ini pengendali skuad B-23 negara Datuk Ong Kim Swee membawa masuk 5 pemain muda dari skuad bawah 19 tahun bimbingan Bojan Hodak. Pemain-pemain ini berusia di antara di antara 17-19 tahun dan telah berjaya layak ke pusingan akhir Kejuaraan B-19 AFC 2018. Mereka adalah Shivan Pillay Asokan, 17, (PKNS FC), Hadi Fayyadh Abdul Razak, 17, (JDT II), Nik Akif Syahiran Nik Mat, 18, (Kelantan) dan K Thivandaran, 18, (Pulau Pinang) dan  Kogileswaran Raj, 19 (Pahang).

Didalam senarai pemain tersebut juga, 17 daripada 20 pemain yang berjaya menyumbang pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di kekalkan manakala 3 daripada mereka terpaksa digudurkan. Mereka yang digugurkan adalah dua pemain Kedah, Amirul Hisyam Awang Kechik dan Ariff Farhan Md Isa serta penyerang Pulau Pinang, S Kumaahran yang masih dalam proses pemulihan selepas pembedahan lutut.

Empat pemain yang digugurkan dari skuad Sukan SEA 2017 juga dipanggil semula. 4 pemain tersebut adalah penjaga gol Amierul Hakimi Awang (Terengganu), Danial Ashraf Abdullah (Kelantan), Raphi Azizan Mariappen (PJ Rangers) dan Sean Eugene Selvaraj (Negeri Sembilan). Sebelum digugurkan daripada Skuad Sukan SEA 2017, 4 pemain ini telah pun membantu skuad bawah 23 tahun negara dalam pusingan kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2018 yang berlangsung di Bangkok, Thailand.

Turut tersenarai, empat lagi pemain yang pernah dipanggil untuk beberapa kem latihan pusat sebelum ini tetapi tiada dalam skuad ketika pusingan kelayakan di Bangkok dan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 iaitu penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (Kelantan), Dominic Tan (JDT), Tommy Mawat Bada (PJ Rangers) dan Ahmad Khairil Anuar Zamri (Perak).

Betikut adalah senarai penuh pemain yang dipanggil:

U-23 List player

U-23 List player 2

Selepas menjalani latihan pusat di Wisma FAM, skuad bawah 23 tahun ini akan menyambung sesi latihan pusat mereka di Mokpo, Korea Selatan dan Nangjin, China dengan beberapa siri perlawanan persahabatan di aturkan.

Mereka seterusnya akan terus menyertai Kejuaraan B-23 AFC 2018 yang dilangsungkan di Changsu, China. Anak-anak buah Kim Swee dijadualkan memulakan kempen dengan menentang Iraq pada 10 Januari 2018.