Friday, June 21, 2024
HomeBERITA SEMASAHanya Seorang Pemain Import di Kekalkan Terengganu

Hanya Seorang Pemain Import di Kekalkan Terengganu

Selepas Kelantan memuktamadkan senarai pemain untuk musim hadapan, kini giliran Terengganu pula mengumumkan pemain import yang akan kekal bersama mereka di musim hadapan.

Walaupun hanya beraksi sejak pertengahan musim, hanya pemain import, Tchetche Kipre yang berjaya memikat hati Irfan Bakti Abu Salim untuk kekal menyarung jersi Terengganu bagi saingan musim depan.

Bagi ketua jurulatih Terengganu itu, Kipre yang lebih dikenali sebagai ‘Drogba Terengganu’ di kalangan penyokong memiliki ciri-ciri pemain idaman selepas mempamerkan aksi konsisten sepanjang musim lalu.

Penyerang kelahiran Ivory Coast itu menjadi pemain import tunggal dikekalkan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) untuk menghadapi saingan Liga Super musim 2018.

Tiga lagi pemain import, Lazaro Vinicius Alves Martins dan Gabriel Davis Dos Santos dari Brazil serta penyerang dari Jepun, Issey Nakajima Farran yang sudah tiga musim bersama Terengganu digugurkan.

Irfan Bakti berkata, pemilihan Kipre yang pernah beraksi bersama kelab Al – Suwaiq FC di Liga Oman itu dinilai berdasarkan prestasinya sepanjang setengah musim bersama skuad Peteh.

“Atas faktor itu kita mengambil keputusan untuk mengekalkan Kipre. Dia berjaya mempamerkan aksi meyakinkan sepanjang biarpun mula menyarung jersi pada pertengahan musim,” katanya.

Kipre menyarung jersi skuad Peteh pada Jun lalu, ketika jendela kedua perpindahan pemain bagi menggantikan penyerang dari Argentina, Federico Falcone yang digugurkan kerana prestasi tidak konsisten.

Penyerang berusia 29 tahun itu muncul penjaring terbanyak pasukan dalam saingan Liga Perdana selepas meledak sembilan gol, dan kehadirannya berjaya membantu Terengganu muncul naib juara Liga Perdana serta melangkah ke Liga Super.

Mengenai kuota tiga pemain import yang kosong, Irfan Bakti mengakui sedang berusaha mencari pemain yang lebih baik berbanding bekas pemain import yang digugurkan.

“Kita sedang dan sudah mengenal pasti beberapa pemain untuk diuji, namun perkara itu perlu diperhalusi lagi.

“Kami mahu mencari pemain import berkualiti yang mampu beraksi hingga tamat saingan musim depan dan bukannya hanya di pertengahan musim,” katanya.

Jom saksikan video pemain ini :

Baca Juga : Kelantan TRW Mengumumkan Senarai Pemain 2018

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments