Coutinho Melengkapkan Perpindahan Idaman Ke Barcelona

1
691

Barca sedia bayar RM770 juta untuk Coutinho

Barcelona telah mengesah tawaran kepada pemain Liverpool , Philippe Coutinho yang merupakan pemain kebangsaan Brazil dengan nilai pemindahan yang diberitahu sebanyak GBP142 juta (RM770 juta).

Coutinho dijangkakan akan menjadi pemain yang termahal dalam sejarah bola sepak sepanyol dan sekaligus menjadikan jumlah pemindahan yang paling besar yang pernah diterima oleh Kelab Inggeris.

Kontrak yang ditawarkan kepada Coutinho selama lima setengah tahun untuk bersama jentera serangam skuad Barcelona. Barca juga turut mendedahkan pemain terbaru mereka itu turut mempunyai klausa penebusan kontrak yang bernilai EURO400 juta (RM1.9 bilion).

Sedikit perkongsian daripada pengurus Liverpool,Jurgen Klopp yang kami petik dari laman social Facebook rasmi Liverpool mengenai perpindahan Coutinho

Beliau memberitahu Liverpoolfc.com: “Dengan cukup berat hati bahawa kami – sebagai sebuah pasukan dan kelab – kini bersedia untuk mengucapkan selamat jalan kepada seorang rakan baik, insan yang mengagumkan dan pemain yang hebat, Philippe Coutinho.

Pemindahan ini menyaksikan seorang lagi pemain Liverpool yang mengikut jejak langkan Luis Suarez, dan ternyata akan memberikan impak kepada pengurus kelab, Jurgen Klopp. Dalam 152 penampilan bersama The Reds, Coutinho telah menghasilkan 41 gol dan 35 bantuan jaringan di samping telah meledak 12 gol dalam 20 penampilan musim ini.

“Sudah tentu, dapat difahami bahawa para penyokong akan kecewa; inilah perasaannya apabila anda perlu mengucapkan selamat jalan kepada seseorang yang istimewa. Tapi sesukar mana pun, kadangkala ia perlu diterima, inilah sebahagian kehidupan dan dunia bola sepak – setiap orang ada impian, matlamat dan sasaran dalam kehidupan mereka. – kata Jürgen Klopp dilaman Facebook rasmi Liverpool-

Jurgen Kloop juga memberi jaminan kepada peminat Liverpool di laman rasmi Facebook Liverpool, bahawasanya beliau sangat yakin dengan pemain yang tinggal ketika ini dan juga pengurusan kelab untuk meneruskan pelaburan terhadap skuad pemain, supaya membolehkan ia terus berkembang dan meningkat.

Kloop juga optimis akan lebih fokus untuk meneruskan dengan matlamat mereka untuk membawa kembali trofi ke Anfield.

Sumber dari:

http://www.stadiumastro.com/sukan/liga-inggeris/artikel/barca-sedia-bayar-rm770-juta-untuk-coutinho/74064

LUAHAN HATI JURGEN KLOPP MENGENAI PERPINDAHAN COUTINHO

Facebook Liverpool FC