MHL : 3 Perlawanan Pembuka Tirai, KLHC Pertahan Piala Sumbangsih

1
534
KLHC Juara Piala Sumbangsih 2018

Liga Hoki Malaysia membuka tirainya pada Jumaat setelah tamatnya kempen dalam Piala Tan Sri P. Alagendra yang menyaksikan Kuala Lumpur Hockey Team (KLHC) muncul juara. Tiga perlawanan berlangsung dengan perebutan Piala Sumbangsih sebagai pembuka tirai menemukan juara bertahan KLHC dengan Terengganu Hockey Team (THT).

Perlawanan Sumbangsih ini juga seumpama ulangan perlawanan akhir Piala Tan Sri P. Alagendra. THT turun di hadapan penyokong sendiri untuk menebus kekalahan minggu lalu sekaligus menafikan KLHC untuk menmbah koleksi trofi mereka. Perlawanan dilangsungkan di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Perlawanan pada suku pertama bermula dengan kedua-dua pasukan bermain secara berhati-hati. Tiada sebarang gol dapat dijaringkan menyaksikan suku pertama berakhir dengan 0-0.

Sebaik suku kedua dimulakan THT, pemain bintang dari Argentina, Gonzalo Peillat melakukan kesilapan apabila kehilangan bola yan menyaksikan KLHC melakukan “counter attack”.

Image may contain: 3 people, people playing sports and outdoor

Gerakan “counter attack tersebut akhirnya berjaya memberikan KLHC pukulan sudit penalti yang ditolak oleh Razie Rahim dan disempurnakan dengan baik oleh Jang Jong-Hyun melalui pukulan leret yang deras untuk meletakkan KLHC di depan pada minit ke-16.

THT hampir menyamakan kedudukan seminit selepas itu apabila mendapat pukulan sudut penalti. Walaubagaimanapun percubaan Gonzalo Peillat berjaya di selamatkan Roslan Jamaludin.

Hafizzudin Zaidi menggandakan kedudukan buat KLHC apabila menerima bola hantaran tinggi Razie Rahim yang terus mencari Hafizzudin di dalam kawasan ‘D’. Kawalan bola yang baik membolehkan Hafizzudin menewaskan penjaga gol THT untuk gol kedua KLHC pada minit ke-24.

Image may contain: 2 people, people playing sports

Kebangkitan akhirnya dijelmakan THT apabila tonggak di bahagian serangan, Faizal Saari, merapatkan jurang menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-24 untuk menjadikan kedudukan 2-1 sehingga penamat suku ketiga.

Disaat KLHC diambang kemenangan, Gonzallo Peillat memaksa perlawanan diheret ke pukulan “penalty stroke” apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti dua minit sebelum tamat perlawanan.

Walaubagaimanapun mimpi ngeri menyelubungi Faizal Saari apabila beliau sekali lagi dibayangi Roslan Jamaludin yang menyelamatkan ‘shoot-out’ yang pertama sekaligus memberikan kemenangan buat 5-4 buat KLHC melalui ” penalty shoot-out”.

Image may contain: 2 people, people playing sports and outdoor

 

Ini merupakan kali kedua Faizal Saari gagal menembusi Roslan Jamaludin dalam penentuan “penalty shoot-out” selepas beliau juga menjadi punca kekalahan THT pada perlawanan akhir Piala Tan Sri P. Alagendra.

Sementara itu di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, TNB Thunderbolts mengejutkan Maybank apabila mencatat kemenangan 2-1.

Image may contain: 1 person, smiling, playing a sport and outdoor

Wookey Oscar William meletakkan Maybank di depan seawal minit ke-8 menerusi “penalty stroke”. Walaubagaimanapun Muhammad Arif Syafie Ishak berjaya menyamakan kedudukan untuk TNB Thunderbolts pada minit ke-43 selepas menyempurnakan pukulan sudut penalti..

Arif Sabron muncul wira TNB Thunderbolts apabila menjaringkan gol kemenangan seminit sebelum tamat perlawanan hasil jaringan padang.

Dalam satu lagi perlawanan, Pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) cemas seketika apabila diikat Universiti Kuala Lumpur (UniKL) 2-2, sebelum bangkit dengan gol kemenangan dalam suku keempat untuk mencatat kemenangan 3-2 dalam perlawanan pertama musim ini.

Gol pertama TNB dijaringkan oleh Muhamad Ramadan Rosli pada minit ke-24 melalui gol padang. Sebelum Jeroen Dolf Hertzberger menyamakan kedudukan buat UniKL melalui “penalty corner” pada minit ke-38.

Image may contain: 1 person, playing a sport

Tengku Ahmad Tajuddin meletakkan TNB kembali di depan selapas menyempurnakan “penalty stroke” pada minit ke-41 sebelum Jeroen Dolf Hertzberger sekali lagi mengikat kedudukan buat UniKL apabila menyempurnakan “penalty corner” pada minit ke-45.

Syed Syafiq Syed Cholan menjadi wira TNB apabila mencatat gol kemenangan melalui jaringan padang pada minit ke-55.

Baca juga: 24 Pemain Import Mewarnai TNB Liga Hoki Malaysia 2018