Friday, June 21, 2024
HomeHOKITerengganu HT Ikat 4 Pemain Argentina Termasuk Peillat

Terengganu HT Ikat 4 Pemain Argentina Termasuk Peillat

Juara Piala TNB dan Piala Tan Sri P. Alagentra Terengganu Hockey Team (THT) membuat persiapan untuk mempertahankan kejuaraan mereka menjelang saingan Liha Hoki Malaysia (LHM) yang bakal bermula 6 Januari depan dengan mendapatkan empat nama besar dari Argentina termasuk pakar sudut penalti Argentina Gonzalo Peillat.

Perbelanjaan besar di keluarkan THT bagi mendapatkan 4 pemain tersebut. THT juha membawa masuk Joaquin Manini yang kini bersama Peillat  beraksi dalam pusingan akhir Liga Hoki Dunia di Filipina.

Dengan kehadiran pemain-pemain dari Argentina ini, pastinya ia bukan sahaja memperkuatkan pasukan THT, tetapi ianya akan menjadi tarikan kepada penonton untuk turun ke stadium dan menyaksikan jaguh-jaguh hoki dunia beraksi.

Menurut jurulatih THT Sarjit Singh, THT merupakan pasukan yang bertuah kerana berjaya mendapatkan khidmat Peillat kerana banyak pasukan yang berebut untuk mendapatkan khidmat beliau kerana kualiti permainan yang dimilikinya.

Gonzalo Peillat 1

Ketika Kejohanan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia yang lalu, Peillat menjaringkan 12 gol dalam 7 perlawanan termasuk 4 gol ketika menentang Malaysia di peringkat kumpulan. Pada perlawanan tersebut Argentina menundukkan Malaysia 5-2.

Pada bulan Ogos yang lalu, Peillat pernah menyatakan hasrat beliau untuk menyertai Liga Hoki Malaysia. Beliau pernah menulis surat kepada Konfederasi Hoki Malaysia untuk menyertai LHM. Kini hasratnya termakbul dan ternyata THT menjadi pasukan yang bertuah mendapatkan khidmat beliau.

Sebanyak lapan pasukan dijangka mencabar Liga Perdana menjelang tarikh tutup pendaftaran pasukan, Jumaat ini.

Profil Gonzalo Peillat

Negara – Argentina

Tarikh Lahir – 12/8/1992

Caps – 120

Posisi – Central Defender

Tahun Debut– 2011

Gerakan ‘Signature’– Powerful dragflick

Berikut kami bawakan serba sedikit aksi Gonzalo Peillat dalam video dibawah:

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments