Analisis : Bahagian Tengah Menyempurnakan Orkestra Kemenangan JDT

1
1755
JDT

Perlawanan pertama Kumpulan H, Piala AFC yang berlangsung semalam berpihak kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) setelah mereka menggunguli sebahagian besar permainan dan mencatat kemenangan 3-0 keatas pencabar dari Indonesia, Persija Jakarta.

Permulaan

JDT menggunakan formasi 4-3-3 dengan pivot kembar Afiq Fazail yang diturunkan kali pertama musim ini dogandingkan dengan Natxo Insa di belakang. Manakala Safiq Rahim mempunyai peranan lebih “offensive” sebagai no.8. Dibahagian serangan, JDT menggunakan Hazwan Bakri selaku penyerang sebelah kanan berbanding Gonzalo Cabrerra.

Persija Jakarta pula menggunakan formasi 4-4-2 dengan menggandingkan Bambang Pamungkas dan Addison selaku penyerang kembar manakala Sandi dan Akri Aakbar bertindak selaku penggerak dibahagian tengah. Walaubagaimanapun dalam situasi bertahan mereka lebig menggunakan formasi 4-5-1.

Penguasaan Bola

Jika dilihat dalam perlawanan tersebut, ternyata JDT menguasai sebahagian besar perlawanan dengan penguasaan bola lebih 70% berbanding Persija Jakarta yang lebih banyak bertahan disamping mengharapkan “counter attack”.

Lihat “heatmap” dibawah yang menunjukkan perbandingan JDT dan Persija Jakarta

Heatmap Persija Jakarta
Heatmap Persija Jakarta

Berdasarkan “heat map” di atas jelas menunjukkan bahawa Persija Jakarta lebih tertumpu dibahagian pertahanan terutamanya didalam kawasan kotak penalti.

Heatmap JDT
Heatmap JDT

Manakala “heatmap” JDT menunjukkan penguasaan bola dibahagian tengah dan serangan dibahagian sayap dan “half space”.

Sistem  Serangan JDT

Sistem serangan JDT banyak bergantung kepada Safiq Rahim, Afiq Fazail dan Natxo Insa selain Luciano Figueroa tidak statik sebagai “target man”. Gandingan 3 pemain tengah tersebut berjaya menghasilkan 9 hantaran berbahaya (key passes) dengan 5 daripadanya daripada Safiq Rahim untuk bahagian serangan melakukan penyudah.

Safiq Rahim dilihat menjalankan tugas beliau selaku pemain no. 8 dengan baik. Walaubagaimanapun beliau tidak bertindak sebagai “box to box midfielder” apabila dilihat bermain lebih “offensive” di garisan tinggi. Dalam situasi ini Natxo Insa akan bergerak sedikit ke bawah dan berganding bersama Afiq Fazail sebagai “pivot”. Rujuk lakaran dibawah.

Analisis JDT vs Persija 1

Luciano Figueroa jelas fungsinya sebagai “target man” dalam perlawanan malam tadi apabila beberapa gerakan daripada bahagian sayap dan “set piece” mencari kepala beliau. Kebijaksanaan Figueroa mencari ruang kosong dalam situasi “set piece” sangat baik.

Walaupun lebih kepada “target man” Luciano Figueroa tidak malas untuk turun sedikit bagi mendapatkan bola. Rujuk gambar dibawah untuk salah satu situasi dimana Luciano Figueroa turun untuk mendapatkan bola:

Analisis JDT vs Persija 2

Kita lihat pula bagaimana JDT melakukan serangan dalam gerakan yang menghasilakan gol pertama. Lihat bagaimana Azriff Nasrulhaq, Hazwan Bakri dan Luciano melepaskan diri daripada kawalan 5 pertahan Persija Jakarta untuk mencipta ruang kosong dalam rajah dibawah.

Analisis JDT vs Persija 4

Kelemahan

Dalam perlawanan ini, JDT dilihat perlu mengatasi masalah penyudah dibahagian gol.  Dalam perlawanan ini, JDT berjaya melakukan 20 percubaan namun hanya 8 yang menepati sasaran. Berikut adalah gambaran keseluruhan 20 percubaan tersebut.

Analisis JDT vs Persija 5

Dibahagian pertahanan pula, JDT lebih bernasib baik apabila kurang diserang Persija Jakarta. Walaubagaimanapun kelemahan ketika menentang Kuala Lumpur tempoh hari telahpun berjaya diatasi apabila Afiq Fazail lebih banyak mengisi bahagian pertahanan tengah ketika pertahanan tengah bergerak ke “wide area”.

Kesimpulan

JDT ternyata dominan dalam perlawanan ini apabila Persija gagal mengimbangi permainan mereka. Penguasaan 70.3% jelas menampakkan perbezaan diantara kedua-dua pasukan ini. Secara kesuluruhannya ianya merupakan kemenangan mudah buat JDT.

Baca juga: Penguasaan Dominan JDT Tundukkan Persija Jakarta