Kalendar Sukan Atlet Negara 2018 – Edisi 2

1
483
Kalendar 2018 -2

Rentetan dari Kalendar Sukan Atlet Negara 2018 – Edisi 1 kami bawakan sambungan Kalendar atlet-atlet Malaysia untuk kejohanan-kejohanan sukan utama pada tahun 2018 ini.

Sukan Komanwel 2018

Temasya sukan yang melibatkan negara-negara bekas jajahan British ini ini diadakan empat tahun sekali. Untuk edisi 2018 yang juga merupakan edisi ke-21 temasya ini, ianya akan dilangsungkan di Gold Coast, Australia bermula 4 April dan kemuncaknya pada 15 April.

Untuk edisi yang lalu di Glasgow, Scotland pada tahu 2014, Malaysia diwakili 180 orang atlet yang menyertai 15 daripada 18 sukan yang dipertandingkan. Kontinjen negara menamatkan saingan di tempat ke-12 dengan memenangi 7 pingat emas, 7 perak dan 6 gangsa.

Comanwelth 2018

Pencapaian terbaik kontinjen negara dalam Sukan Komanwel ini adalah pada edisi ke-16 dimana Kuala Lumpur menjadi tuan rumah temasya tersebut. Malaysia menduduki tangga ke-4 daripada 70 negara bertanding dengan merangkul 10 pingat emas, 14 perak dan 12 gangsa.

Pastinya kejohanan kali ini menjadi medan terbaik untuk atlet negara yang telah melakukan persediaan dengan adanya platform seperti ‘Program Podium’ yang diatur Majlis Sukan Negara (MSN)

Kejohanan Ragbi Asia

Malaysia ragbi

Malaysia kini berkedudukan ke-47 du­nia dan No. 5 di benua Asia sekali gus menjadi pencapaian terbaik kepada pasukan 15 sepasukan negara (15s) pada musim ini. Kejayaan utama yang diraih pasukan ragbi negara ialah mengungguli Kejohanan Ragbi Asia (ARC) Divisyen Satu sekali gus melayakkan pasukan 15s beraksi dalam perlawanan Liga Perdana ARC musim ini.

Kejayaan tersebut juga memastikan skuad negara akan beraksi dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2019 dan mereka perlu mengharungi saingan dengan membabitkan perlawanan menentang Hong Kong dan Korea Selatan terlebih dahulu.

Dalam kejohanan ini, Malaysia akan mengharungi empat perlawanan – dua di gelanggang sendiri (28 April & 5 Mei) dan dua lagi di laman lawan (12 Mei dan 19 Mei).Pemenang pertemuan ini seterusnya akan mara ke pusingan repecharge kelayakan Piala Dunia.

Piala Thomas & Uber

Piala Thomas & Uber yang merupakan kejohanan badminton berpasukan yang terbesar di dunia bakal berlangsung di Bangkok, Thailand bermula 20 sehingga 27 May 2018. Walaubagaimanapun skuad badminton negara perlu menjadi empat pasukan terbaik dengan melayakkan diri ke peringkat separuh akhir dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia yang bakal berlangsung terlebih dahulu pada 6 hingga 12 Febuari 2018.

Malaysia berhadapan risiko tidak layak buat kali pertama kejohanan berprestij ini apabila bakal menghadapi pemain-pemain dari China, Korea Selatan, Indonesia dan Jepun yang mempunyai ranking lebih tinggi daripada pemain-pemain negara. Diharapkan skuad negara dapat melakukan kejutan dalam psuingan kelayakan.

Kejohanan Piala Dunia Dodgeball 2018

Dodgeball Malaysia

Mungkin ramai yang tidak mengetahui berkenaan sukan ini. Pasukan Dodgeball Malaysia bakal menyertai Piala Dunia Dodgeball yang bakal berlangsung di New York dan bermula pada Ogos 2018.

Malaysia layak dalam kesemua tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Lelaki, Wanita dan Campuran. Malaysia layak ke kejohanan ini apabila menjuarai ketiga-tiga kategori dalam Kejohanan Dodgeball Asia Pasifik yang berlangsung di Axiata Arena 29 September hingga 1 Oktober 2017 yang lalu.

Untuk rekod, pasukan lelaki negara merupakan naib juara Piala Dunia pada edisi 2016 yang berlangsung di Manchester.

Sukan Asia 2018

Asia Games 2018

Kejohanan sukan terbesar di Asia ini bakal berlangsung di Jakarta dan Palembang, Indonesia bermula 18 Ogos hingga 2 September 2018. Beberapa acara sukan mempunyai misi untuk mendapatkan kejuaraan terutamanya sukan hoki. Hoki perlu memenangi pingat bagi melayakkan skuad hoki negara mendapatkan slot automatik untuk beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Pada edisi yang lalu di Incheon Korea, Malaysia mengutip 5 pingat emas, 14 perak dan 14 gangsa untuk menduduki tangga ke-14 keseluruhan. Program Podium anjuran MSN pastinya memberi latihan dan persediaan secukupnya buat atlet negara dalam menghadapi temasya sukan terbesar asia ini.

Piala AFF Suzuki 2018

harimau-malaya

Setelah gagal layak ke Piala AFC 2018, skuad bolasepak negara berhadapan misi di kejohanan serantau dalam Piala AFF Suzuki 2018. Pastinya kejohanan ini bakal menjadi kayu ukuran buat Tan Cheng Hoe selaku jurulatih baru Harimau Malaya.

Setelah perletakan jawatan Nelo Vingada, Tan Cheng Hoe dinaikkan pangkat sebagai pengemudi baharu Harimau Malaya dan pastinya beliau menghadapi tugas besar untuk mengembalikan imej bola sepak negara. dalam kejohanan yang bakal berlangsung pada 8 November hingga 15 Disember 2018.

Piala Dunia Hoki 2018

Hoki WC

Kemuncak kalendar sukan 2018 bakal ditutup oleh skuad hoki negara yang bakal menghadapi saingan Piala Dunia bermula 28 November hingga 16 Disember ini di Bhubaneswar, India.

Skuad “The Speedy Tigers” layak secara merit selepas Liga Hoki Dunia yang berlangsung di London pada 15-25 Jun 2017 lalu. Kejayaan ini menyemarakkan semangat anak-anak buah Stephen Van Huizen yang mempunyai banyak masa untuk memperkuatkan pasukan. Beberapa kejohanan di awal tahun ini bakal menjadi persediaan terbaik skuad hoki negara dalam Piala Dunia nanti.

Walaubagaimanapun kem hoki negara berdepan kemungkinan turun tanpa penjaga gol berpengalaman yang juga pernah dinobatkan penjaga gol terbaik Asia, S. Kumar. Ini adalah kerana Kumar sebelum ini positif sibutramine dalam ujuian doping di Kejohanan Hoki Hero Piala Asia 2017 yang berlangsung di Bangladesh.

Baca juga: Kalendar Sukan Atlet Negara 2018 – Edisi 1