Al Jazira Mara Piala Dunia Kelab FIFA

0
846
Al Jazira vs Auckland City

Sepakan sempurna dari Romarinho menyaksikan pemegang kejuaraan liga Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menundukkan Auckland City dengan kemenangan tipis 1-0 dalam perlawanan pertama Piala Duni Kelab FIFA 2017.

Auckland city yang mencipta rekod penampilan ke-9 dalam kejohanan ini memulakan perlawanan dengan baik sekali. Pemain veteran, Emiliano Tade yang telah mencipta rekod penampilan ke-7 dalam kejohanan ini membuka ruang kepada Ryan De Vries yang menyaksikan percubaannya terbias keluar.

Kesilapan itu terus dihukum Al Jazira. Ramarinho yang bergerak bersama Ali Mabkhout memberikan Al Jazira percubaan pertama pada malam tersebut dengan sungguh bergaya. Romarinho yang pernah menjulang Piala Duni Kelab FIFA pada tahun 2012 bersama Corinthians melakukan rembetan rendah dari jarak 30 ela ke arah penjuru bawah gawan Auckland untuk memberikan kelebihan kepada pasukannya sebelum waktu rehat.

Al Jazira

Auckland City cuba bangkit pada separuh masa kedua apabila Cameron Howieson melakukan satu percubaan yang baik namun diselamatkan dengan baik oleh Khaseif yang menjatuhkan diri ke sebelah kiri untuk menafikan gol buat Auckland City.

Auckland City mengekalkan permainan agresif sepanjang baki permainan. Walaubagaimanapun mereka gagal apabila peluang terbaik yang di miliki melalu De Vries berjaya diselamatkan Khasief yang sekali lagi bertindak cemerlang.

Pasukan tuan rumah berjaya menyerapkan segala tekanan yand diberikan Auckland City dan berjaya mencatatkan kemenangan. Al Jazira bakal bertemu satu lagi pasukan dari Asia, Urawa Red Diamonds pada pusingan seterusnya pada 9 Disember nanti.

Berikut adalah highlight perlawanan tersebut:

Baca juga: Previu: Piala Dunia Kelab FIFA 2017