Friday, May 24, 2024
HomeHOKIMalaysia Dalam Kumpulan Maut

Malaysia Dalam Kumpulan Maut

Persekutuan Hoki Dunia (FIH) telah mengumumkan jadual perlawanan dan senarai pasukan dalam kumpulan untuk Kejohanan Piala Dunia Hoki Odisha, Bhubaneswar 2018 yang berlangsung di India pada 27 Febuari 2018. Kejohanan ini bakal bermula pada 28 November sehingga 16 Disember 2018.

Skuad hoki negara diundi dalam Kumpulan D yang juga dilihat sebagai kumpulan maut. Bersama Malaysia dalam Kumpulan D ialah Belanda, Jerman dan Pakistan. Ayuh kita kenali semua pasukan yang bakal dihadapi Malaysia dalam kejohanan ini.

Belanda

Hasil carian imej untuk netherland field hockey

Pasukan hoki Belanda kini berada di ranking ke empat dunia dengan 1,703 mata. Belanda juga merupakan juara Piala Dunia sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1973, 1990 dan 1998. Reputasi pasukan belanda amat menyerlah di Eropah apabila lima kali menjuarai Kejohanan Hoki Eropah termasuk yang terkini ada tahun lalu.

Pasukan Belanda diterajui Max Caldas selaku jurulatih pasukan jang juga merupakan pemenang Anugerah Jurulatih Terbaik Dunia 2014. Dua pemain dalam skuad Belanda beraksi dalam Liha Hoki Malaysia bersama UniKL iaitu Sander De Wijn dan Robert Kemperman

Jerman

Hasil carian imej untuk germany field hockey

Jerman setakat ini telah menjuarai Piala Dunia sebanyak dua kali iaitu pada edisi 2002 dan 2006 ketika mereka menjadi tuan rumah. Dalam kedudukan ranking FIH terkini, mereka menghuni tangga kelima dunia di belakang Belanda. Pada edisi Piala Dunia 2014 yang lalu, Jerman menduduki tangga keenam.

Antara pemain tumpuan pasukan Jerman adalah kapten pasukan mereka Martin Haner yang membawa skuad Jerman menduduki tempat ketiga Sukan Olimpik 2016. Skuad ini dibimbing oleh  Valentin Altenburg.

Pakistan

hoki pakistan

Pakistan merupakan satu-satunya pasukan yang berada dikedudukan bawah daripada Malaysia dalam ranking FIH. Walaubagaimanapun mereka hanya satu kedudukan dibawah Malaysia ditangga ke-13. Namun hoki Pakistan mempunyai sejarah yang lebih baik. Mereka pernah merangkul kejuaraan Piala Dunia sebanyak empat kali pada edisi 1971, 1978, 1982 dan 1994.

The Speedy Tigers berpeluang menguji kekuatan Pakistan lebih awal apabila mereka mengesahkan penyertaan saat akhir untuk Piala Sultan Azlan Shah yang bakal bermula 2-11 Mac 2018.

Format Pertandingan

Hasil carian imej untuk hockey world cup

Mengikut format pertandingan Piala Dunia melibatkan 16 pasukan, juara daripada empat kumpulan akan mara ke peringkat suku akhir manakala pasukan kedua dan ketiga dalam setiap pasukan akan ke pusingan kedua ‘play-off’ untuk memburu empat lagi slot dalam peringkat suku akhir.

Perlawanan peringkat kumpulan akan berlangsung dari 1 hingga 9 Disember 2018 dikuti pusingan kedua ‘play-off’ pada 10 dan 11 Disember, suku akhir (12 dan 13 Disember), separuh akhir (15 Disember), manakalaa penetuan tempat ketiga dan perlawanan akhir berlangsung pada 16 Disember 2018.

Berikut adalah senarai penuh pasukan dalam setiap kumpulan:

KUMPULAN: A: Argentina, New Zealand, Sepanyol, Perancis

KUMPULAN B: Australia, England, Ireland, China

KUMPULAN C: Belgium, India, Kanada, Korea Selatan

KUMPULAN D: Belanda, Jerman, MALAYSIA, Pakistan.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments