“Ini Salah Saya” – Conte

0
505
WATFORD, ENGLAND - FEBRUARY 05: Antonio Conte, Manager of Chelsea looks dejected during the Premier League match between Watford and Chelsea at Vicarage Road on February 5, 2018 in Watford, England. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

Selepas pemain midfielder Chelsea, Tiemoue Bakayoko, di layangkan kat merah kurang dari 30 minit masa yang kurang menyenangkan. Mengakibatkan Chelsea mengalami kekalahan yang menaikkan tanda Tanya para penyokong.

Kekalahan juara bertahan Chelsea di Vicarage Road adalah kekalahan yang Berjaya menarik jauh 3 mata serta perbezaan gol. mengakibatkan Chelsea jatuh ke tangga ke empat, ketinggalan 19 mata di belakang Manchester City.

Khabar angina mengatakan bahawa jurulatih berbangsa Itali itu akan di pecat sekiranya kalah di tangan Watford, dengan digantikan bekas jurulatih Barcelona, Luis Enrique serta Napoli, Maurizio Sarri.

Conte sendiri berkata kepada wartawan selepas kekalahan itu dengan menyalahkan dirinya sendiri mengenai kekalahan itu serta mencabar hierarki kelab itu untuk memecatnya.

Saya sudah cuba untuk memberi amaran tentang kesukaran perjalan dalam liga Perdana dan Liga Juara-Juara. Prestasi kami agak teruk dan saya mungkin membuat beberapa kesalahan dalam kesebelasan utama hari ini.

Pilihan saya amat sedikit. ia amat menyukarkan saya untuk menukar sesuatu yang baharu malam ini. Keadaan saya? masih sama. saya akan tinggal di sini, berusaha dan meletakkan saya dalam kerja ini.

Katanya lagi

 

Tekanan? tekanan apa? apakah tekanan itu? Saya bekerja – jika ia sudah mencukupi, ianya mencukupi. OK, atau kelab ini terpaksa mengambil keputusan lain

Berdasarkan pendapat saya, kelamahan prestasi Chelsea berpunca dari beberapa perkara. Pemainnya yang agak penat kerana di beri tekanan untuk memenangi kesemua piala yang ada.

Masalah pemain dalam taktikal juga menjadi punca bahagian pertahanan Chelsea agak lemah. Di mana Bakayoko telah dikenalpasti oleh beberapa pakar kerana formasi 3-4-3 memerlukan pemain di bahagian tengah yang agresif dan bertenaga kerana perlu mengekalkan keadaan ofensif sera defensif.

WATFORD, ENGLAND – FEBRUARY 05: Tiemoue Bakayoko of Chelsea is shown a red card during the Premier League match between Watford and Chelsea at Vicarage Road on February 5, 2018 in Watford, England. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

Bakayoko dikatakan kurang fokus serta lambat bertindak di mana juga mengakibatkan dia menerima kad merah di perlawanan yang lalu. Meletakkan pertahanan Chelsea sentiasa dalam keadaan tertekan serta penat untuk mengawal kesilapan dari bahagian tengah.

Kesinambungan itu, penjaga gol Chelsea, menyuarakan minat untuk bermain bersama kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, dan berkata akan cuba sedaya upaya untuk memikat hati kelab tersebut.