OLIVIER KE CHELSEA FC!

0
737

Spekulasi ternyata benar. Sekali lagi, selepas Arsenal FC menyiarkan berita mengenai Auba selepas kekalahan 3-1 di tangan Swansea. Harini giliran Chelsea FC pula menyiarkan berita mengenai perpindahan sebelum kekalahan 3-0 di tangan AFC Bournemouth di tempat sendiri.

 

Olivier Giroud dan Emerson Palmieri diperkenalkan kepada penonton semasa tamat separuh masa pertama. Olivier Giroud menandatangani kontrak 18 bulan bersama Chelsea dengan harga £18m.

 

Photo by: skysports

Pemain kebangsaan Perancis ini,31, meninggalkan Arsenal selepas menjaringkan 105 gol dalam 235 perlawanan semenjak dia menandatangani kontrak £12m dari Montpellier pada Jun 2012.

 

“Chelsea merupakan salah satu pasukan terkuat Liga Perdana Inggeris. Mereka telah memenangi banyak trofi sejak enam atau tujuh tahun yang lalu.”

 

“ Ianya sebuah kelab yang hebat dan saya berbangga untuk menandatangani kontrak bersama Chelsea, dan saya juga tidak sabar untuk bermain bersama-sama mereka”

 -Olivier Giroud-
Photo by: metro.co.uk

Persembahan terakhir Giroud bersama Arsenal ialah semasa dimasukkan sebagai pemain gentian di perlawanan kekalahan 3-1 di tangan Swansea. Beliau dikatakan terlambat beberapa jam sebelum berpeluang untuk bermain bersama Chelsea semasa perlawanan dengan Bournemouth.

 

Conte berkata bahawa Giroud menjadi ayam tambatan buat masa ini selepas dua penyerangnya cedera semasa latihan.

 

“ Hanya beberapa jam sahaja jarak memisahkan peluang untuk Giroud bermain bersama Hazard dan Pedro.”

 

“Selepas kecedaraan Morata dan Willian, saya tidak dapat melihat sesiapa untuk bermain di bahagian ‘centre forward’ selain Giroud. Tetapi apakan daya, saya terpaksa meletakkan Hazard di bahagian tengah serta dibantu oleh Pedro di sebelah kiri dan Ross Barkley di sebelah kanan”

 –Antonio Conte-
Photo by: Daily Mirror

Setara itu, pemain kebangsaan Belgium, Batshuayi, 32, yang telah membuat 32 penampilan bersama Chelsea sejak 2016 dari Marseille dan menjaringkan 7 gol. Telah dipinjamkan ke Borussia Dortmund sehingga akhir musim ini. Dan dijangka akan membuat tributnya semasa kunjungan Dortmund di Cologne untuk perlawan Bundesliga esok hari.

 Photo by: The Guardian

Adakah persekutuan perpindahan antara ketiga-tiga buah kelab ini akan membuahkan hasil. Masih mengharap dan menanti penampilan masing-masing untuk kelab terbaru mereka.