Thursday, May 30, 2024
HomeBOLA SEPAKLiga Premier: Sabah FA Mula Langkah Kanan

Liga Premier: Sabah FA Mula Langkah Kanan


Sabah memulakan saingan Liga Premier dengan langkah kanan apabila membelasah Terengganu FC II 4-0 dalam perlawanan pembukaan yang berlangsung di Stadium Likas, semalam.

Anak-anak buah Jelius Ating memulakan permainan dengan sangat baik dan tidak perlu menunggu lama untuk meledak gol pendahuluan menerusi pemain import dari Korea Selatan, Lee Gil Hoon yang melakukan rembatan kaki kiri dari luar kotak penalti untuk menwaskan penjaga gol Terengganu FC II, Mohd Aris Fadzilah seawal minit keempat.

Image may contain: 1 person, playing a sport, outdoor and text
Kredit imej: Sabah Football Association

Penyerang yang berasal dari Puerto Rico, Hector Pito Ramos hampir menggandakan kedudukan buat Sabah pada minit ke-26, namun percubaan yang dilakukan Hector selepas menerima hantaran Sabri Sahar sedikit tersasar.

Kedua-dua pasukan mengamalkan permainan berhati-hati sambil cuba melakukan serangan namun gagal membuahkan hasil. Sabah kekal mendahului satu gol sehingga tamat separuh masa pertama.

Terengganu FC II cuba bangkit pada separuh masa kedua apabila Akanni Sunday Wasiu mempunyai peluang, namun percubaan Akanni Sunday tinggi melepasi palang gol pada minit ke-51.

Image may contain: 1 person, smiling, outdoor
Kredit imej: Sabah Football Association

Di sebalik percubaan Terengganu FC II untuk menyamakan kedudukan, Sabah berjaya menggandakan kedudukan menerusi ketua pasukan mereka, Rawilson Batuil yang bijak mengambil peluang dalam keadaan kelam kabut dihadapan gawang Terengganu FC II.

Tersentak dengan jaringan kedua Sabah, kebangkitan cuba ditunjukkan Terengganu FC II apabila mereka menggandakan asakan. Walaubagaimanapun,Bekas pemain import Negeri Sembilan, Bruno Junichi Suzuki hampir menghasilkan gol sulong buat Terengganu FC II namu percubaan Bruno pada minit ke-62 berjaya diselamatkan penjaga gol Sabah, Robson Rendi Rining.

Rawilson Batuil sekali lagi menghukum pertahanan Terengganu FC II apabila meldak gol kedua peribadinya yang merupakan gol ketiga tuan rumah pada minit ke-79 sekaligus menggembirakan penyokong pasukan tuan rumah yang hadir di Stadium Likas.

Image may contain: 1 person, playing a sport and outdoor
Kredit imej: Sabah Football Association

Hector Pito Ramos menambah derita buat Terengganu FC II apabila menghasilkan gol keempat menerusi rembatan cantik dari dalam kotak penalti dan berjaya menewaskan Mohd Aris Fadzilah di penghujung perlawanan.

Gol Hector Pito Ramos itu sekaligus memberi kemenagan bergaya buat Sabah dalam perlawanan pembukaan Liga Premier.

Senarai Pemain:

Sabah FA : Marfy Balang , Rawilson Batuil(k) ,GilHoon Lee , Azzizan Nordin, Hector Ramos, Maxius Musa , Heo JaenYeong , Jenius Jarib , Randy Baruh , Robson Rendy Rining(GK) , Sabri Sahar

Terengganu FC II: Mohamad Arif Fadzilah ,Mohamad Hasbullah Awang(K) , Mohammad Haidhir Suhaini , Bruno Suzuki , Muhammad Fakrurazi Musa , Ahmad Takhiyuddin Roslan ,Sebastien Maurice Thuriere ,Andrew Anderson Jean Baptiste , Muhamad Hafizal Mohammad , Amierul Hakimi Awang(GK) , Akanni Sunday Wasiu

Keputusan lain:

Sarawak 1-0 Kuantan FA
Uitm 3-1 Pulau Pinang
Felcra 1-1 PDRM
MISC MIFA 1-1 JDT II
UKM 1-2 Felda United

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments