Wednesday, June 19, 2024
HomeBOLING TENPINBoling: Pasukan Wanita Muncul Juara Dunia Berpasukan

Boling: Pasukan Wanita Muncul Juara Dunia Berpasukan

Sejarah tercipta di bumi Amerika Syarikat apabila pasukan wanita negara dinobatkan selaku juara Kejohanan Boling Tenpin Dunia awal pagi tadi. Skuad ini berjaya merangkul pingat emas acara berpasukan wanita menewaskan Singapura dalam perlawanan akhir. Kejayaan ini sekaligus menamatkan penantian 10 tahun kemarau emas dalam acara tersebut.

Malaysia menurunkan gandingan Shalin Zulkifli, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Sin Li Jane, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi dan Natasha Roslan untuk menentang skuad Singapura di Arena South Point Bowling Plaza, Las Vegas, Amerika Syarikat.

Walaupun Singapura dilihat sebagai pasukan pilihan setelah menewaskan Korea Selatan di peringkat separuh akhir, strategi pasukan negara ternyata mampu menenggelamkan permainan pasukan pilihan tersebut.

Ternyata keenam-enam pemain bowling wanita negara ini beraksi cemerlang untuk menggegar gelanggang apabila berjaya menundukkan Singapura yang merupakan pasukan pilihan dengan 214 berbalas 2019 jatuhan pin dalam game bertama.

Kecemerlangan di teruskan di dalam game kedua, apabila pasukan negara sekali lagi mencatatkan kemenangan dengan 188 berbalas 177 jatuhan pin.

Sebelum mencipta sejarah selaku juara dan melangkah ke perlawanan akhir, pasukan negara menghadapi laluan berliku apabila hampir tewas kepada pasukan Colombia di peringkat separuh akhir. Walaubagaimanapun pengalaman pemain skuad negara mampu bangkit dan melangkah ke perlawanan akhir.

Kejayaan enam puteri boling negara ini menamatkan kemarau emas acara tersebut setelah kali terakhir memenanginya di Mexico pada tahun 2007.

Siti safiyah boling

Sebelum itu Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman berjaya merangkul pingat perak dalam acara wanita ‘all-event’ setelah mengumpul 5,048 jatuhan pin jatuhan pin dalam empat acara – perseorangan, beregu, trio serta berpasukan. Beliau ketinggalan 78 mata di belakang juara, Danielle McEwan dari Amerika Syarikat (AS) yang mengumpul 5,126 jatuhan pin.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments