Semangat Pasukan Ragbi Negara Tidak Luntur

0
874

Ketiadaan K. Dineswaran tidak Merencatkan Pasukan Ragbi Malaysia.

K.Dineswaran atau lebih dikenali dengan panggilan Dugro telah mengalami kecederaan patah tulang tangan kanan ketika beliau beraksi bersama pasukan Yamaha Jubilo menentang Panasonic Wild Knights pada 24 Disember 2017 yang lalu.

Dengan kecederaan dialami oleh K.Dineswaran tidak merencatkan persiapan skuad Ragbi Malaysia bagi persiapan untuk beraksi buat julung kalinya di Divisyen Perdana Kejohanan Ragbi Asia (ARC)

Dineswaran sempat berkata penting untuk pasukan kebangsaan bertanding di Divisyen Perdana Kejohanan Ragbi Asia ini buat pertama kalinya dan tidak perlu risau dan terus fokus memberikan yang terbaik supaya tidak terkeluar dari divisyen Perdana Kejohanan Ragbi Asia (ARC).

Pada ketika ini pasukan skuad Ragbi Kebangsaan dibawah kendalian Lee Nyuk Fah berada di fasa kedua bagi menumpukan kepada aspek kecergasaan dan pemantapan fizikal. Pemain masih gigih meneruskan latihan walaupun dibelengu dengan berita ini.

Menurut Muhammad Amirul Aqil Kamsol merupakan seorang lagi pemain senior didalam skuad kebangsaan ketiaadaan K.Dineswaran sememangnya memberi impak kepada skuad kebangsaan tetapi beliau yakin posisi tersebut akan berjaya ditampung oleh pemain lain.

“Pemain-pemain lain gigih berlatih. Bagi saya, ia bukan masalah besar walaupun dia dibelenggu kecederaan. Kecederaannya memberi impak kepada pasukan tetapi ia tidak besar,” katanya. – sumber dari astro arena-.

Tahun 2018 ini merupakan detik manis buat skuad Ragbi Malaysaia atau lebih dikenali sebagai “Skuad Bunga Raya” untuk beraksi dalam Divisyen Perdana Kejohanan Ragbi Asia (ARC). Kedudukan Ragbi Malaysia yang ketika berada di ranking 47 dunia bakal berdepan dua pasukan gergasi Asia iaitu Hong Kong dan juga Korea Selatan.

Melihat kepada reputasi Hong Kong dan Korea Selatan sebagai antara yang terbaik di Asia, Amirul tetap menaruh keyakinan dengan peluang Malaysia mencipta kejutan dalam kejohanan itu dari 28 April hingga 26 Mei depan.

“Di atas kertas, mereka mempunyai kelebihan berbanding pasukan kita tetapi kami akan menggunakan sebaik mungkin kelebihan bermain di Malaysia,” ujarnya.

Sumber dari:
http://www.stadiumastro.com/sukan/sukan-lain/artikel/ketiadaan-dineshwaran-boleh-ditampung/73854

https://www.nst.com.my/sports/others/2018/01/321968/duke-tells-malaysian-teammates-not-fear-hong-kong-south-korea