Impian Azizulhasni Musnah Di Selekoh Terakhir

0
711
AZIZULHASNI merima rawatan daripada pegawai perubatan.

JAGUH trek negara, Azizulhasni Awang terus memberi cabaran dalam siri pertama Piala Dunia di Poland, meskipun saingannya dalam acara keirin berakhir akibat terjatuh di selekoh terakhir malam tadi.

Insiden berlaku pada selekoh terakhir menuju ke garisan penamat apabila pelumba yang digelar The Pocketrocketman itu mengalami pelanggaran dengan pelumba Jepun, Kazunari Watanabe.

Kredit Gambar Harian Metro

Azizulhasni yang menyertai pusingan repecharge acara itu perlu menang untuk melayakkan diri ke separuh akhir namun impiannya musnah ketika selekoh terakhir.

Azizulhasni bagaimanapun terlepas daripada sebarang kecederaan serius dan bakal beraksi dalam acara pecut individu awal pagi nanti.

“Malangnya keadaan tidak berjalan seperti dirancang apabila saya terbabit kemalangan dengan Watanabe,” kata Azizulhasni.

“Saya mengalami kecederaan ringan dan terseliuh buku lali namun saya akan bangkit. Diharapkan saya masih mampu beraksi dalam acara pecut individu.”


AZIZULHASNI merima rawatan daripada pegawai perubatan.

Pelumba kelahiran Terengganu itu pernah mengalami kecederaan apabila tertusuk serpihan kayu velodrom di Manchester pada 2011.

Sementara itu pada acara yang sama, Shah Firdaus Sahrom turut terkandas awal selepas menamatkan saingan pada kedudukan kedua di pusingan repecharge.

Kredit : https://www.hmetro.com.my/arena/2017/11/280754/nahas-selekoh-akhir-rentap-impian-azizulhasni