Saturday, May 18, 2024
HomeBOLA SEPAK4 Pemain Import Yang Gagal Menyerlah Di Liga Malaysia

4 Pemain Import Yang Gagal Menyerlah Di Liga Malaysia

Alhaji Kamara (JDT).

Al Haji Kamara JDT

Kamara, penyerang berasal dari Sierra Leone, antara barisan pemain terakhir yang menandatangani skuad Bojan Hodak sebelum jurulatih itu menemui tonggak utama sebenar dan Kamara hanya bertahan beberapa minggu selepas dia menandatangani kontrak pinjamannya itu di pertengahan musim 2015. Dia kembali ke kelab asalnya di Sweden, IFK Norrkoping, sebelum dia mendapati di serang sakit jantung yang akhirnya memaksa dia menamatkan zaman bola nya di Europe pada tahun 2016. Kamara, 23 tahun, kemudiannya doktor cardiologi dari US mengesahkan yang dia sudah pulih dari masalah jantungnya dan kembali menandatangani kontrak bersama kelab DC United di liga MSL.

Jerry Palacios (ATM)

jerry palacios

Dia sudah memasuki umur 32 tahun semasa di tiba di Malaysia pada November 2014 untuk menandatangani bersama kelab ATM. Bekas pemain skuad kebangsaan Honduras yang pernah mewakili Negara itu di piala dunia pada tahun 2010 itu menjadi harapan sebagai penjaring gol ATM. Tetapi, ternyata penampilannya di Malaysia agak hambar dan tidak dapat mencapai tahap yang diharapkan ketika bersama skuad Angkatan Tentera Malaysia itu yang mengakibatkan kelab tersingkir dari liga Super. Semua kelab di liga Super membuat penukaran drastik semasa pertengahan musim tetapi ATM hanya mampu mengharapkan skuad sedia ada kerana kos yang banyak telah dikeluarkan semasa mendapatkan tandatangan Jerry.

Isaac Pupo (Kelantan)

Isaac Pupo Kelantan

Bekas pemain kebangsaan Liberia itu memasuki umur 29 tahun ketika menjejakkan kaki di KelantanFC. Tetapi nampaknya anak buah hasil tuaian Persabaya Surabaya itu telah mencapai tahap tertingginya dan akhirnya Pupo tidak mencapai prestasi yang diharapkan. Kelantan telah menunjukkan jalan keluar kepada Pupo hanya 4 bulan selepas menandatanganinya pada tahun 2015. Hal ini juga kerana Azraii Khor membantah sikap dua ayam importnya iaitu Pupo dan penyerang dari Cameroon, Emmanuel Kenmogne, dan mendakwa mereka berdua tidak menunjukkan minat untuk bermain.

Pablo Aimar (JDT)

Pablo Aimar JDt

Tidak dinafikan, Pablo Aimar sememangnya satu nama besar yang telah hadir di Malaysia. Tidak dinafikan juga yang dia merupakan kegagalan terbesar pemain import di Malaysia. Bekas pemain kelab juara La Liga dan Eufa Cup bersama Rafael Benitez, Valencia, hanyalah indah khabar dari rupa ketika bersama dengan skuad Harimau Selatan itu. JDT akhirnya menanmatkan karier Pablo Aimar yang sedang bergelut dalam mencapai tahap kecergasannya. Aimar yang pernah menjadi idola Lionel Messi suatu ketika dahulu akhirnya kembali ke kelab zaman kanak-kananknya iaitu River Plate sebelum akhirnya bersara pada tahun 2015.

Sumber: Four Four Two Malaysia

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments