Tugas Flyhalf Dalam Ragbi 15 Sebelah

0
3528

Fly Half, outside half, stand off atau first five-eight adalah beberapa nama atau gelaran lain untuk posisi no 10 ini di dalam permainan ragbi 15 sebelah tetapi tugasnya masih sama.

Berfikir sebagai general dalam padang, mengetuai unit serangan dan sentiasa menjadi berjaga-jaga dalam unit pertahanan.

Sebagai Fly Half pada ketika ini semakin sukar kerana pihak lawan sentiasa cuba menembusi atau melakuakan rempuhan kasar di ruang antara NO.10 dan N0.12. Ini menyebabkan Fly half sering kali melakukan kerja-kerja bertahan seperti melakukan tackle terhadap pihak lawan.

Walau bagaimana pun outside-half yang baik adalah yang boleh mengawal tempoh permainan. Sebagai maestro dalam padang kebijaksanaan sentiasa menjadi taruhan.

Terdapat pelbagai jenis fly half di dunia rugby ini yang kita boleh gunakan mereka sebagai contoh. Tetapi di dalam setiap pasukun rugby akan sentiasa ada atau menyediakan fly half yang terbaik.

Penulis suka mengambil contoh Daniel Carter dari pasukan All Black New Zealand. Beliau mungkin tak perlu melakukan banyak kerja bertahan seperti stand off dari pasukan lain kerana “front line” pasukan All Black itu sendiri semamangnya sangat bagus untuk bertahan dalam unit.

Selain daripada itu kita boleh tengok Jones dari pasukan Wales dan juga Ronan O’Gara dari Ireland yang sentiasa berada dimana-mana bahagian di dalam padang untuk mengawal unit pertahanan dan juga serangan.

Kita juga boleh lihat Fly half dari Australia Stephen Larkham yang mempunyai kekuatan atau kelebihan ketika menyerang, sentiasa berlari di pelbagai sudut dan boleh lakukan hantaran bola yang baik berbading fly half yang lain.

Tetapi semua fly half berkongsi kemahiran asas dan kesedaran yang sama.Apabila sentiasa melakukan latihan dan mempunyai minit permainan yang banyak, corak permainan seseorang atau tindakan sebagai fly half akan nampak lebih lancar dan spontan.

Akhir kata, sebagai seorang fly half anda memerlukan kemahuan dan kebijaksanaan untuk membaca keseluruhan permainan supaya anda boleh mencorak dan dapat mengikuti apa yang telah dirancang.

Jom kita lihat video serba sedikit tentang fly half ini :

Kredit: http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/rugby_union/rules_and_equipment/6310655.stm