Top 5 Hero Kegemaran Dota 2

0
1535

5. Juggernaut (Yurnero)

 

Juggernaut antara hero yang sememangnya boleh diharapkan semasa ketiga-tiga fasa permainan. Hero yang serba lengkap dengan ‘critical chance’, ‘aoe healing ward’, ‘magic immunity’ dan sememangnya satu-satunya hero yang mempunyai kosmetik yang lawa-lawa dan banyak.

Dengan gayanya seperti seorang samurai menjadikan dia antara hero yang paling cool dan bergaya. Tetapi sehingga sekarang tiada siapa tahu rupa sebenar dia di sebalik topengnya. Cool~

 

4. Invoker (Kael)

 

Kebanyakkan hero dalam permainan ini ada 4 atau 6 skill. Tetapi Kael mempunyai 14 skill. Dengan kombinasi Quas, Wex, Exort. Dia mampu menghasilkan kombo yang boleh membunuh pihak lawan dalam masa 10 saat maximum. Rampage? Invoker sendiri sudah bosan dengan rampage.           

Seorang yang pro Invoker mampu mengawal situasi dan mengunci beberapa pihak lawan sampai mereka hanya seperti menunggu untuk mati. Sekali kena, pasti menangis.

 

3. Sniper (Kardel Sharpeye)

 

Sniper sudah bertahun menjadi bahan lawak dalam komuniti Dota2. Pergerakannya yang lambat mendapat gelaran ‘baby hero’. Tetapi apabila Sniper telah ‘farming’, dia mampu membunuh semua pihak lawan dalam sekelip mata sehingga kadang-kadang perlu tukar namanya dari Sniper ke ‘Machine gun’.

Sniper mendapat tempat ke tiga kerana DPS nya yang tinggi serta keupayaannya mencuri kill memang kerjanya. Dengan ‘voice line’nya menjengkelkan apabila dia membunuh anda. hmmm. Sakitnya itu disini.

 

2. Phantom Assasin (Mortred)

 

Phantom Assasin, hmm, dah nama pun assassin. Sememangnya keupayaannya untuk membunuh amat lah tidak terkata. Dengan criticalnya yang tinggi sememangnya mampu membunuh Sniper dengan satu balingan ‘dagger’.

Percikkan mautnya yang membuatkan Sniper gerun. Sesuai laa tuu. ‘baby hero’ dengan ‘baby hero’.

 

1.  Pudge (The Butcher)

 

Hero kegemaran seorang lagenda DoTA, Danil Ishutin. Sesuai untuk ‘troll game’. Keupayaannya untuk menarik hero menggunakan cangkuknya membuatkan dia sebagai hero yang paling mencabar dan seronok untuk bermain.

Pelbagai perkara boleh dilakukan dengan Si Gemok ini. Dengan 7.07 ini Pudge boleh hook rune pula. Hmmm. Trolling everyday.