Pita Kinesio

0
1532

Bukan peminat setia bola kalau anda tidak pernah melihat pemain menggunakan pita kinesio ini. Akan tetapi tahukah anda tentang pita ini dan apa kegunaanya?

 

Sejarah Pita Kinesio

 

Di Jepun, seorang doktor Chiropractic bernama Kenzo Kase (Dr Kaze) mula memperkenalkan kaedah pita Kinesio ini pada tahun 1979. Chiropractic ialah satu kaedah terapi berkaitan dengan otot. Dr kaze juga mengamalkan akupuntur yang berlesen.

 

Dr Kaze sedar bahawa rawatan secara manual seperti urutan memang praktikal dan berkesan akan tetapi menggunakan banyak masa dan kesannya tidak tahan lama. Beliau inginkan sesuatu yang memberi kesan jangka panjang.

 

Kaedah aplikasi pita Kinesio diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun 1995, dan di Eropah pada tahun 1996. Mungkin anda agak terkejut bahawa kaedah ini sebenarnya telah wujud lebih dari sedekad.

 

Kemampuan Pita Kinesio

 

Pita pelekat Kinesio diperbuat dari 100% gentian elastaik yang bebas lateks. Jika dilihat dari jauh jelas menampakkan bentuk seakan-akan ombak. Fungsi bentuk ombak itu ialah untuk membenarkan pita ini ‘bernafas’. Ianya amat tegang untuk membantu otot dan ligamen supaya mengelakkan kecederaan mengejut serta membantu menstabilkan otot dan ligamen dalam sesuatu keaadan tertentu.

 

Photo by: theratape.com

Pita Kinesio ini juga dapat membantu dalam pemulihan otot dan ligamen. Ia membantu ‘membuka’ tisu otot dan ligamen supaya dapat dipulih dengan pantas kerana mempercepatkan proses pertumbuhan dan penggantian.

 

Pita ini juga dikatakan mampu mengembalikan kedudukan asal ligamen dan tulang. Ramai pengguna pita ini meletakkan dibahagian ligamen atau tulang yang teralih semasa bersukan atau latihan. Ia juga dapat mengekal postur sepatutnya di kawasan tersebut.

 

Photo by: bonesupport.com

Ramai juga atlet menggunakanya untuk mengurangkan kesakitan. Terdapat sebahagian otot yang kerap sakit apabila terlalu dipaksa atau kerap digunakan. Secara tidak langsung otot akan dimampatkan serta dapat mengurangkan kesakitan di alami.

 

Akan tetapi kegunaannya dikatakan bukan sahaja untuk atlet. Tetapi dapat digunakan semasa kedatangan haid di mana akan berlaku tegangan yang agak perit di bahagian abdomen wanita semasa mengalami masalah ‘period pain’. Ia juga secara tidak langsung dapat mengurangkan rasa sakit untuk wanita mengandung.

Photo by: Therapy Supplies

 

Apa yang lebih menarik tentang pita Kinesio adalah ia tidak akan menghalang sebarang pergerakan yang dilakukan, namun dapat mengurangkan pergerakan yang berisiko tinggi untuk mendapat kecederaan.

 

Antara atlet yang mengunkan Pita Kinesio ini:-

Dwain Chamber. photo by: KPCC

Cristiano Ronaldo. photo by: Pinterest
Dato' Lee Chong Wei & Lin Dan
photo by: Says.com

Sumber dari https://kinesiotaping.com/about/our-president-and-founder/