Friday, June 21, 2024
HomeBOLA SEPAKPengendali Baru AC Milan, Gattuso Berdepan Tugas Sukar

Pengendali Baru AC Milan, Gattuso Berdepan Tugas Sukar

Pengurus AC Milan yang baru dilantik, Gennaro Gattuso mengakui beliau menghadapi cabaran Serie A dalam usaha memenuhi sasaran beliau untuk menaikkan semula kedudukan AC Milan dalam Serie A.

Bekas pemain tengah Milan ini mengambil alih tugas yang ditinggalkan Vincenzo Montella pada Isnin lalu selepas keputusan kurang memberangsangkan AC Milan dalam Serie A setelah hanya mencatatkan 2 kemenangan dalam 9 perlawanan terakhir mereka.

Gatusso bukan lah bekas pemain yang pertama mendapat jawatan itu setelah 3 bekas rakan sepasukan Gatusso, Clarence Seedorf, Filippo Inzaghi dan Christian Brocchi pernah mengambil tugas tersebut beberapa tahun kebelakangan ini.

Former Milan Manager

Gattuso dinaikkan pangkat dari jawatannya di pasukan muda Primavera  dan akan cuba menahan segala tekanan dalam menerajui Milan.

Menurut Gattuso beliau akan cuba bertenang, tetapi bukan terlalu lama kerana bakal menghadapi tugas berat akan datang.

Gattusso juga memaklumkan yang bekas Presiden, Silvio Berlusconi ada menelefon beliau. Belia memaklukan ianya suatu perbualan yang mesra dan beliau sangat gembira mengenainya. Pemilik AC Milan, Yonghong Li juga ada menelefon beliau dan mereka bersemuka.

Apabila di tanya tentang kesilapan Montello, Gattuso menyatakan yang tiada kesilapan besar dilakukan Montella, tetapi beliau memerlukan masa dan nasib yang baik. Apabila 10-12 pemain baru tiba, anda memerlukan sedikit masa. Gattusso akan memberi tumpuan kepada aspek tersebut sebagai pendekatan untuk meneruskan hidup dan kerjayanya.

Milan kini berkedudukan ke-7 dalam Serie A dan ketinggalan 18 mata dibelakang pendahulu liga Napoli yang mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 14 perlawanan.

Karaktor Genarro Gatusso ketika menjadi pemain amat menarik perhatian penulis. Jom saksikan dlam video di bawah:

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments