Sunday, July 14, 2024
HomeBOLA SEPAKBerakhirnya Karier Ricardo Kaka

Berakhirnya Karier Ricardo Kaka

Bintang bola sepak Brazil, Kaka secara rasminya mengumumkan persaraan belia daripada bola sepak profesional. Setelah melalui karier yang gemilang bersama beberapa kelab terkemuka dunia, beliau akhirnya mengumumkan persaraan.

Kaka yang berusia 35 tahun menghabiskan musim terakhirnya besama Orlando City dalam ‘Major League Soccer’ (MLS) di Amerika Syarikat Beliau mengesahkan yang beliau akan meninggalkan Orlando City setelah tamat kempem MLS.

Kaka at Orlando City

Pemain dari Brazil ini bermain perlawanan profesional terakhir beliau ketikan menentang Columbus Crew pada bulan Oktober yang lalu. dalam perlawanan tersebut pasukannya tewas tipis 1-0.

Selepas kenyataan beliau untuk tidak memperbaharui kontrak bersama Orlando City, tanda tanya mula timbul sama ada beliau akan pulang dan bermain di Brazil atau bersara timbul. Beliau akhirnya memuat naik status di media sosial untuk mengumumkan persaraan.

Kemunculan Kaka dalam bola sepak berkait rapat dengan koleksi trofi yang luar biasa dan penghargaan peribadi di sepanjang karier beliau.

Kaka with World Cup

Memulakan karier bersama kelab dari Brazil, Sao Paolo belia kian dikenali selepas aksi cemerlang beliau membantu Brazil menjulang Piala Dunia 2002 di Jepun dan Korea Selatan. Kaka mula menempa nama dalam bola sepak Eropah dan melalui zaman kegemilangannya bersama kelab termuka, AC Milan daripada tahun 2003 sehingga 2009.

Mula merangkul kejuaraan Serie A dan Piala Super Itali bersama Milan pada musim 2003/04, Kaka pernah membantu AC Milan mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2005 namun kecewa apabila tewas dalam pertembungan epik menentang Liverpool di Istanbul.

Kaka with UCL

Dendam Kaka dan rakan sepasukannya akhirnya terbalas apabila sekali lagi mengulangi pertembung dengan Liverpool pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2007 yang bertempat di Athens yang menyaksikan AC Milan menjulang trofi tersebut selepas menang 2-1.

Selepas aksi cemerlang bersama AC Milan, Kaka mencatatkan rekod nilai perpindahan tertinggi apabila berhijrah ke Real Madrid dengan nilai 56 juta pound. Bersama Real Madrid, Kaka berjaya menjulang kejuaraan La Liga dan Piala Sepanyol.

Kaka with Ballon D' Or

Selain daripada itu, Piala Super UEFA, Piala Dunia Kelab FIFA dan dua pingat Piala Konfederasi juga menjadi koleksi kejayaan Kaka sepanjang karier beliau sebagai pemain. Kaka juga merupakan permain terakhir yang menerima anugerah Ballon D’Or pada tahun 2007 sebelum dominasi Lionel Messi dan Christiano Ronaldo.

Kini karier gemilang Ricardo Kaka bakal berakhir. Ayuh kita saksikan video rangkuman permainan Kaka sepanjang kariernya.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments