3 Faktor Penting Untuk Mengembalikan AC Milan Ke Landasan Terbaik

0
649
AC Milan

Tiada yang lebih sukar buat AC Milan selepas liga berehat untuk perlawanan antarabangsa selain menghadapi Napoli. Itulah yang perlu dihadapi AC Milan sekembalinya pemain-pemain kepada pasukan masing-masing minggu ini. Pengendali AC Milan, Vincenzo Montella telah diberikan rehat yang secukupnya selepas kemenangan ke atas Sassuolo, walaubagaimanapun tekanan tersebut akan kembali pada hujung minggu ni.

Pasukan ‘Rossoneri‘ kini di tangga ke tujuh dalam Serie A selepas 12 perlawanan dan ketinggalan 9 mata dibelakang 4 pasukan teratas dengan Roma dan Lazio masih lagi kekurangan 1 perlawanan.

Vinsenzo Montella

Dalam usaha menjadikan pasukan mereka dalam kedudukan 4 teratas dan layak ke Liga Juara-Juara Eropah kian mustahil, Vincenzo Montella dan pemain-pemain harus terus percaya dan mengelakkan daripada kehilangan mata.

Setelah melihat sedikit peningkatan dalam beberapa aspek prestasi masa lalu, ditambah pula dengan perubahan penting yang perlu dibuat di masa hadapan, terdapat tiga faktor penting untuk Milan menunjukkan kebangkitan dan mengembalikan keyakinan mereka untuk kembali ke tangga teratas Eropah pada musim depan.

Bonnuci Perlu Terus Bermain Dengan Baik

Selepas permulaan musim yang kurang baik, disebabkan melakukan banyak kesilapan dalam permainan dan sering dibayangi diri sendiri yang menjadi pemain yang menguasai permainan untuk Juventus dan Italy sejak sekian lama, akhirnya ada sinar buat Leonardo Bonnuci yang telahpun berusia 30 tahun ini.

Bonnucci

Beliau seolah-olah mendapat sesuatu selepas penggantungannya apabila berjaya untuk fokus dalam permainan dan mengembalikan semula prestasi terbaiknya. Dua kejayaan berturut-turut menidakkan gol Milan dibolosi AEK Athens dan Sassuolo, memperlihatkan yang beliau baik dalam membina semula keyakinan.

Walaubagaimanapun, beliau perlu terus berada dalam keadaan terbaik agar menjadi contoh kepada rakan-rakan sepasukannya. Pemain Napoli, Dries Mertens pastinya menjadi mimpi ngeri buat Bonucci memandangkan kepantasan, pergerakan dan teknikal kualiti beliau ketika memegang bola. Namun sekiranya Bonucci dapat mengekalkan rentak dan memberikan sesuatu yang luar biasa, kita harus percaya yang kita telah dapat Bonucci yang lama.

Tekanan Kepada Pemain Tengah Untuk Bermain Baik

Lucas Biglia dan Giacomo Bonaventura akan kembali semula untuk menentang Napoli setelah pulih dari kecederaan. Namun kedua-dua mereka bakal mengahadapi tekanan untuk bermain baik.

Persembahan Biglia agak menurun semenjak awal musim ini. Beliau seharusnya  boleh menjadi harapan di barisan tengah untuk menambahkan kepekaan dari perspektif pertahanan dan menyusun segala-galanya bersama-sama rakan sepasukan.

Bonaventura

Persembahan Biglia kurang memuaskan setakat ni, manakala Bonaventura perlu mengekalkan kecergasan untuk menikmati permainannya. Pengalaman, kepimpinan dan kualiti permainan mereka berdua diperlukan untuk menunjukkan sesuatu yang berbeza buat Milan dan memberikan tekanan buat pemain seperti Hakan Calhanoglu untuk menunjukkan permainan yang lebih baik.

Dalam situasi Biglia, boleh dikatakan Manuel Locatelli lebih layak memiliki peluang untuk menyinar selepas persembahan memukau musim lalu. Pemain muda ini mungkin dilahat tidak setanding Biglia yang mempunyai lebih pengalaman, tetapi beliau sudah pasti akan memperlihatkan keghairahan dalam persembahannya untuk memberikan sesuatu yang berbeza dalam permainan beliau.

Montella Harus Memasukkan Andre Silva

Walaupun pemain muda Patrick Cutrone menunjukkan permainan yang baik, Montella harus menunjukkan lebih kepercayaan kepada Silva untuk mengemudi barisan serangan.

Pemain berusia 22 tahun ini telah menjaringkan enam gol daripada 14 penampilan beliau dalam semua pertandingan musim ini. Namun kesemua enam gol itu dijaringkan dalam Liga Europa termasuk perlawanan kelayakan kerana dia digugurkan dalam kesebelasan utama dalam enam perlawanan Serie A.

Walaubagaimanapun ini bukanlah kesalahan beliau kerana beliau tidak digunakan dengan baik oleh Montella kerana sekadar bermain selama 24 minit dalam empat perlawanan liga yang terakhir.

Andre Silva

Apa yang ditunjukkan beliau seharusnya cukup untuk membuktikan beliau boleh melakukan sesuatu yang berbeza buat Milan di barisan hadapan. Silva juga berkebolehan  untuk turun kebawah bagi menghubungkan serangan dengan barisan tengah dan kebolehan beliau menjaringkan gol pasti bakal menjadi sesuatu yang istimewa Milan. Gandingan beliau dengan Nikola Kalinic pastinya memberikan beliau permainan lebih baik dalam usaha memberikan lebih minit permainan.

Berdasarkan maklumat diatas, nampaknya Montella perlu melakukan perubahan besar. Namun hanya masa yang akan menentukan bagaimana beliau ingin lakukan. Sekiranya Milan gagal mencatatkan keputusan positif, tekanan lebih besar bakal dihadapi mereka.

Kredit :

ESPN FC Asia- http://www.espnfcasia.com/club/ac-milan/103/blog/post/3267823/after-the-international-break-three-factors-are-crucial-to-getting-ac-milans-season–on-track