Maklumat Berkenaan Undian Kumpulan Piala Dunia 2018. Bila? Dimana? dan Bagaimana?

0
1037
World cup

Dengan berakhirnya pusingan kelayakan, persediaan sedang rancak dijalankan dengan baik di Russia untuk tarikh keramat dalam mempersiapkan kejohanan musim panas akan datang.

Kelayakan untuk Piala Dunia 2018 di Russia telah pun selesai, dengan undian untuk kejohanan tersebut hanya beberapa minggu lagi.

World cup draw

Dengan pasukan-pasukan yang layak bersedia menuju persaingan tersebut, persediaan sedang berjalan dengan baik di Moscow untuk acara yang akan menentukan siapa lawan siapa di peringkat kumpulan.

Ia merupakan suatu proses yang rumit dengan semua balang, bola undian dan pelbagai peraturan-peraturan lain yang terlibat, tetapi kami mempunyai semua butiran yang perlu anda ketahui.

Bilakah undian akan dijalankan?

Undian untuk peringkat kumpulan Piala Dunia 2018 akan berlangsung pada hari Jumaat, 1 Disember di ‘State Kremlin Palace’ yang terletak di Kremlin, Moscow.

Kremlin merupakan sebuah bandar yang terkaya di Moscow yang juga terletaknya kediaman Vladimir Putin, Presiden Persekutuan Rusia.

Jurucakap FIFA memberitahu: “Tempat hiburan berprestij ini dengan kapasiti 6,000 penonton telah menjadi tuan rumah artis antarabangsa dan tempatan yang terkenal di masa lalu, serta balet dan opera tradisional.”

Pot

Bagaimana saya boleh menonton undian Piala Dunia?

Proses undian Piala Dunia ini boleh disaksikan secara langsung di televisyen dan juga secara atas talian di laman web FIFA.com.

Butiran tepat mengenai penyiaran ini masih belum disahkan, walaubagaimanapun kemungkinan untuk kebanyakan pemegang hak penyiaran kejohanan ini akan menayangkan proses undian ini secara langsung.

Bagaimana proses undian dijalankan?

Sebelum cabutan itu bermula, kesemua 32 finalis akan ditempatkan dalam empat kumpulan bola undian berdasarkan kedudukan FIFA mereka setakat Oktober 2017. Berikut adalah pasukan-pasukan yang telah dibahagi kepada 4 balang.

World cup pot

Kesemua 32 pasukan tersebut kemudiannya akan dibahagikan kepada 8 kumpulan yang mengandungi 4 pasukan setiap kumpulan dan dilabel dengan huruf A hingga H.

Keempat-empat balang bola undian akan dikosongkan dengan meletakkan kesemua lapan pasukan dalam kumpulan yang berbeza.

Dengan satu syarat, pasukan dari konfiderasi yang sama tidak akan disatukan dalam satu kumpulan. Jadi, misalnya, Brazil tidak boleh satu kumpulan dengan pasukan lain dari Amerika Selatan dan Nigeria tidak boleh satu kumpulan dengan pasukan lain dari Afrika.

Satu-satunya pengecualian berlaku untuk pasukan dari UEFA, dengan FIFA memutuskan bahawa sehingga dua pasukan dari konfiderasi Eropah boleh dikumpulkan dalam kumpulan yang sama.

Begitulah serba sedikit tentang proses undian Piala Dunia 2018. Anda mahu pasukan pilihan anda berada dalam kumpulan yang mana?