Wednesday, June 19, 2024
HomeBOLA SEPAK'ITS TWO FOR DEBUT'

‘ITS TWO FOR DEBUT’

Michy Batshuayi menjaringkan 2 gol semasa debutnya bersama Borussia Dortmund untuk membantu kelab barunya itu memenangi 3-2 ke atas Cologne di Rhein-Energie Stadion pagi tadi.

 

Kesimpulan perlawanan

 

Ada beberapa sub-plot untuk pertemuan Bundesliga ini di mana Peter Stoger kembali ke Cologne pertama kali selepas berpindah ke Dortmund. Serta Dortmund yang bermain tanpa Auba, tetapi dengan kehadiran Batshu.

Photo by: Metro

Tetapi secara kasarnya ialah jaringan lewat kemenangan oleh Andre Schurrle serta semangat juang Cologne yang berusaha menyamakan kedudukan dua kali hasil jaringan Simon Zoller dan Jorge Mere.

 

Laporan perlawan

 

Kedua-dua pihak menunjukkan permainan yang baik bermula dari sepak mula, walaupun Dortmund banyak mengawal bola di mana Batshu gembira memberi beberapa sentuhan serta menguji penjaga gol Cologne.

 

Dortmund hampir menjaringkan gol di mini ke 16 di mana Shinji Kagawa membuat cubaan jarak jauh yang berakhir dengan terkena palang gol Cologne.

Photo by: Getty Images

Serangan seterusnya dari Dortmund apabila Batshu dan Schurrle bermain ‘one-two’ yang menarik akan tetapi cubaan Batshu berjaya dihalang. Akan tetapi Batshu mendapat gol pertama untuk kelab barunya itu pada minit ke 35, hasil sepakan kaki kiri itu hasil hantaran ketengah Jeremy Toljan.

Photo by: Getty Images

Giliran tuan rumah membuat kejutan. Pemain gantian di separuh masa, Zoller, menanduk masuk melepasi Roman Buerki pada minit ke 59.

 

Tetapi semangat Batshu tidak pudar apabila dia menjaringkan gol kedua, tiga minit kemudian, dengan penyudah yang cantik selepas menerima bola dari Christian Pulisic dari belakang pertahanan Cologne.

Photo by: Zeuters

Zoller tidak mampu lagi untuk menggegar gawang Buerki, tetapi Mere berjaya mencari gol penyamaan. Tandukan hasil hantaran sepakan penjuru dari Jonas Hector.

 

Horn menahan bola padu dari Schurrle di mana Dortmund sedang bergelut untuk mencari gol kemenangan. Akan berhasil apabila bola sampai ke kasut but Schurrle hasil bantuan ‘deflection’ Mere, semasa Batshu membuat percubaan jarak jauh.

Photo by: NEWS.CN

Dortmund seakan-akan mendapatkan gol keempat oleh Marco Holger dan dia seperti sudah meraikannya. Tetapi Sokratis Papastathopoulos berada dekat untuk menghalang bola, tepat sebelum wisel penamat ditiupkan

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments