Lee Chong Wei: Kisah Sedih, Percintaan, Igauan Ngeri Lin Dan

0
1699

 

Penulis berkesempatan menyaksikan sebuah filem biopik arahan Teng Bee iaitu Lee Chong Wei: Rise Of The Legend/Menjulang Kejuaraan. Filem ini mengisahkan suka duka bekas no 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei mengejar impiannya dan berjaya mengharumkan nama negara di persada dunia. Sememangnya filem ini adalah filem paling dinantikan peminat sukan badminton berdasarkan sumbangan dan jasa beliau yang besar dalam arena badminton.

Sumber: cinema.com.my

Prolog

Di awal pembikinan filem ini, hampir 2000 lebih pemuda berbangsa Cina hadir menjalani ujibakat untuk memegang watak ikonik ini. Akhirnya, pihak penerbitan psepakat memilih Tosh Chan (Lee Chong Wei ketika kecil), dan Jake Eng (Lee Chong Wei ketika dewasa). Selain itu, filem tersebut turut dibintangi oleh pelakon tersohor negara, Datuk Rosyam Nor, Mark Lee, dan Yeon Yann Yann.

Datuk Lee Chong Wei bersama pelakon yang membawakan wataknya, Tosh Chan dan Jake Eng Sumber: (mStar.com)

Penulis tidak berpeluang menyaksikan tayangan perdana yang ditayangkan di Stadium Nasional Bukit Jalil disebabkan jarak perjalanan yang agak jauh. Namun begitu, penulis berpeluang menyaksikan filem semalam sebelum sepak mula perlawanan persahabatan di panggung wayang GSC Palm Mall, Seremban.

Sumber: The Star

Walaubagaimanapun, jumlah penonton di panggung agak berkurangan atau faktor hari bekerja. Pada awal babak, dipaparkan netizen Malaysia ketika itu memberikan sokongan kepada beregu negara, Razif-Jalani. Masyarakat Cina tetap memberikan sokongan kepada Sidek bersaudara itu walaupun berlainan bangsa dan ini menunjukkan sukan boleh menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Plot

Dalam filem tersebut, dikatakan bahawa Chong Wei pernah bermain badminton dalam pertandingan gelap. Beliau disogok dengan hadiah berbentuk piala dan kata-kata pujian untuk terus bermain dalam pertandingan tersebut. Hal ini amat memeranjatkan kerana sukan yang cantik seperti badminton ini disalahgunakan sehingga menjadi bahan perjudian. Lebih menggemparkan, ianya melibatkan kanak-kanak.

Di samping itu, penguguran nama pemain untuk dihantar ke kejohanan All England di saat akhir cukup menyayat hati. Chong Wei digugurkan daripada kejohanan dan digantikan dengan pemain lain tanpa diketahui beliau sekaligus menimbulkan pertanyaan, mengapa sanggup Misbun Sidek (lakonan Datuk Rosyam Nor) bertindak sebegitu rupa. Sebelum pertandingan, Chong Wei memaklumkan beliau mengalami kecederaan di lutut yang tidak serius. Justeru itu, beliau menggugurkan nama beliau di malam sebelum berlepas ke Birmigham.

Percintaan 2 Darjat

Kehidupan tidak akan lengkap tanpa cinta. Ikon badminton negara ini juga pernah melalui pengalaman cinta monyetnya bersama wanita yang kini bergelar isteri, Datin Wong Mew Choo. Berlatar belakang daripada golongan berada, hubungan mereka dihalang oleh keluarga Mew Choo disebabkan keinginan bapanya untuk melihat Mew Choo bermain diperingkat tertinggi. Hasilnya, Wong Mew Choo berjaya meraih emas di Sukan Sea Ho Chi Minh, Vietnam 2003 menewaskan Salakjit Ponsana yang juga saudara kepada Boonsak Ponsana.

Ratu badminton negara, suatu masa dahulu

Begitu juga adegan Misbun Sidek yang rajin melawat isterinya Latifah (lakonan Sherlie Merlis) di hospital. Walau sesibuk mana beliau dalam latihan, beliau tidak lupa tanggungjawabnya kepada isteri yang tercinta.

Lin Dan, Si Mimpi Ngeri

Sepanjang kerjaya beliau sebagai pemain, Lin Dan antara lawan yang kerap mengecewakan beliau dan seluruh rakyat Malaysia. Dalam filem ini memaparkan pertemuan pertama Chong Wei menentang Lin Dan ketika saingan kelayakan Piala Thomas yang memihak kepada Lin Dan. Beliau tewas 3 kali berturut-turut termasuk di peringkat separuh akhir All England 2005 sehingga menjadi perdebatan dalam B.A.M.

Lin Dan, jagoan China yang masih digeruni sehingga kini.
Sumber: (wikipedia)

Misbun mengatakan bahawa kekalahan itu berlaku kerana mentaliti pemain itu sendiri yang sukar berhadapan Lin Dan kerana beliau kerap mengganggu rentak Chong Wei. Masalah ini tidak boleh diselesaikan oleh jurulatih kerana pemain itu sendiri yang perlu berhadapan dan mengatasi tekanan itu. Kenyataan ini ada kebenarannya kerana dalam tempoh 4 tahun antara 2010, 2011, 2012, 2013, Chong Wei tewas semua perlawanan akhir di kejohanan besar kepada Lin Dan walhal jurulatih sentiasa bertukar ganti ketika itu. Antara perlawanan yang sukar dilupakan ketika perlawanan akhir Kejuaraan Dunia 2011 dimana satu ketika kejuaraan hampir menjadi milik Malaysia, namun dipatahkan Lin Dan dalam perlawanan yang sungguh dramatik.

Lin Dan meraikan kejayaan menjadi juara dunia kali ke 4.

Dalam kejohanan All England beberapa hari yang lalu, Lin Dan berjaya menewaskan Chong Wei di peringkat suku akhir menjadikan rekod kemenangannya bertambah kepada 27 sedangkan Chong Wei berjaya menewaskannya 12 kali sahaja.

Kredit

Syabas kepada warga kerja produksi dalam menjayakan filem biopik ini. Pihak Sportivo mengharapkan di masa akan datang lebih banyak lagi naskhah filem biopik seperti ini dihasilkan. Kita sudah jemu dengan filem yang gagal memberikan makna kepada penonton. Tidak lupa juga barisan pelakon yang bekerja dengan baik dalam filem ini.

Epilog

Datuk Lee Chong Wei, ikon badminton yang tiada galang gantinya. Kerja keras beliau selama ini wajar dijadikan inspirasi oleh semua pemain badminton sama ada peringkat sekolah mahupun pemain akademi di B.A.M sendiri. Walaupun gagal menghadiahkan Malaysia kejuaraan besar sepeti pingat emas Olimpik dan kejuaraan dunia, namun beliau tetap berjaya mengharumkan negara di persada dunia.

Siapakah individu lain yang anda ingin diilhamkan menjadi filem biopik seperti ini?

Pilihan Sportivo

Datuk Nicol David (squasy).