Friday, June 21, 2024
HomeBOLA SEPAKAFC Naikkan Hadiah Wang Tunai Untuk Pertandingan Peringkat Kelab 2018

AFC Naikkan Hadiah Wang Tunai Untuk Pertandingan Peringkat Kelab 2018

Dua pertandingan tertinggi di Asia, Liga Juara-Juara AFC da Piala AFC bakal menjadi lebih lumayan apabila Konfederasi Bolesepak Asia (AFC) mengumumkan sesuatu semalam.

Pemenang Liga Juara-Juara AFC bakal memenangi USD 4 Juta berbanding USD 3 Juta pada tahun 2017. Pemenang Piala AFC pula bakala membawa pulang hadiah wang tunai USD 1.5 Juta berbanding USD 1 Juta yang ditawarkan sekarang.

Hal ini dimaklumkan oleh Setiausa Agung AFC, Dato’ Windsor Paul yang menyatakan “Akan ada kenaikan hadiah wang kemenangan pada setiap peringkat Liga Juara-Juara AFC yang telah menjadi satu pertandingan kelab terkaya peringkat benua dalam dunia bola sepak.

“Piala AFC juga akan menyaksikan kenaikan yang sama buat pemenang dan finalis musim hadapan selaras dengan Visi dan Misi kami untuk memberikan pertandingan berkelas dunia yang menyediakan platfom terbaik untuk pemai-pemain terungul Asia.

dato windsor paul

“Salah satu keputusan penting adalah untuk melabur dalam kedua-dua pertandingan kami yang mana ianya menjadi darah daging pada setiap konfederasi dan ahli persatuan yang menyediakan pasukan untuk bertanding. Kini, kita boleh melihat ganjarannya lebih tinggi standard dan intensiti lebih baik dalam pertandingan.

“AFC sentiasa melihat untuk memberikan kejayaan dan kami juga berhasrat untuk memperkembangkan lagi pertandingan ini. Sekarang kami percaya yang insentif untuk tahun 2018 akan menjadi yang terbaik daripada segalanya.”

Liga Juara-Juara AFC kini berkedudukan kedua di belakang pertandingan kelab Eropah  dalam nilai hadiah kemenangan  selepas menambah USD 1 Juta dan kenaikan USD 500 ribu untuk pemenang tempat ke-2 dan menjadikannya USD 2 Juta.

Di peringkat 16 pasukan terdapat wang subsidi untuk perjalanan dengan kenaikan USD 100 ribu, USD 150 ribu diperingkat suku akhir dan kenaikan USD 150 ribu di peringkat separuh akhir yang menjadikannya USD 250 ribu untuk setiap pasukan.

Untuk Piala AFC, pemenang menikmati tambahan USD 500 ribu dan kenaikan USD 750 ribu dari USD 500 ribu untuk tempat ke-2. Semua kenaikan ini bakal bermula untuk Liga Juara-Juara AFC dan Piala AFC 2018.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments