Nelo Vingada Letak Jawatan Tanpa Sebarang Kemenangan

0
557
Nelo Vingada 1

Semalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melalu laman ‘facebook’ rasminya ‘Football Association of Malaysia (Offcial)’ mengumumkan yang ketua jurulatih kebangsaan, Nelo Vingada telah meletakkan jawatan selepas mengadakan perbincangan bersama DYAM Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang juga Presiden FAM.

Menurut Vingada perletakan jawatan ini adalah di atas rasa tanggungjawab beliau di atas apa yang berlaku kepada skuad kebangsaan. Perletekan jawatan tersebut berkuatkuasa serta merta setelah mendapat perkenan Tunku Ismail.

Nelo Vingada resigned

Vingada sebelum ini gagal membantu Harimau Malaya mencatat sebarang kemenenangan dalam 7 perlawanan termasuk perlawanan kelayakan Piala Asia yang menyebabkan Malaysia tersingkir daripada saingan untuk layak ke peringkat akhir Piala Asia itu.

“Selepas mengadakan perbincangan dengan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), saya dengan ini bertanggungjawab di atas prestasi pasukan kebangsaan.” kata Vingada melalui lama web rasmi FAM.

“Atas rasa tanggungjawab dengan apa yang telah berlaku itu, saya dengan ini mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih kebangsaan berkuat kuasa serta merta dan Tunku Presiden sendiri turut telah menerima keputusan yang saya buat ini.

“Saya ingin memaklumkan juga bahawa dua pembantu yang saya bawa bersama ke sini iaitu Joao Arnaldo Correia De Carvalho dan Francisco Jose Bruto Da Costa turut bersama melepaskan jawatan mereka, masing-masing selaku penolong jurulatih dan jurulatih kecergasan skuad kebangsaan.

“Akhir kata pada kesempatan ini, saya berharap dan berdoa agar bola sepak Malaysia kembali bersinar selepas ini dan saya berbangga kerana dapat menjadi sebahagian warga bola sepak Malaysia biarpun dalam tempoh masa yang agak singkat ini.”

Kekalahan di laman sendiri ke atas pasukan dari Asia Barat, Lubnan dan Syria dalam 2 perlawanan awal kendalian beliau bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Namun kekalahan 1-0 dalam perlawanan persahabatan di Myanmar pada September lalu merupakan petunjuk yang kurang baik pada awalnya.

malaysia vs hong kong

Dua perlawanan yang menjadi penilaian buat Vingada adala dua perlawanan kelayakan Piala Asia menentang Hong Kong.

Dalam perlawanan di tempat sendiri, Vingada berjaya menafikan kekalahan buat skuad negara apabila mencatat keputusan seri 1-1. Walaubagaimanapun keputusan seri bukanlah sesuatu yang dikehendaki dalam memulakan kempen tersebut.

Dalam perlawanan timbal balik di Hong Kong, Vingada gagal mengawal disiplin anak-anak buahnya dalam permainan selepas Safiq Rahim dilayangka kad merah pada kedudukan      0-0. Selepas itu pasukan tuan rumah yang mempunyai kelebihan berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 melenyapkan hasrat untuk layak ke Piala Asia.

Disebabkan masalah diplomatik dengan Korea Utara, Malaysia terpaksa berhadapan dengan Korea Utara 2 kalai berturut-turut di Buriram, Thailand. Memerlukan 4 mata daalam 2 perlawanan tersebur, skuad kebangsaan gagal mendapat sebarang mata setelah dua kali tewas 1-4.

Perletekan jawatan Vingada ini pastinya menimbulkan tanda tanya siapakah pengganti beliau. FAM pastinya akan mencari pengganti secepat mungkin untuk membawa cabaran Malaysia dalam Kejohanan Piala Suzuki 2018. Diharapkan jurulatih yang baru dapat memberikan sinar baru buat bola sepak negara.

Apapun kami ucapkan terima kasih buat Nelo Vingada selepas sudi berkelana di bumi Malaysia.